September 17, 2024

MMS | Malaysia Music Scene

Bukan Sekadar Muzik

Linkin Park Akan Kembali Dengan Vokalis Wanita Baharu

2 min read
Spread the love

Jay Gordon, vokalis/frontman ORGY semasa temu bual baru-baru ini bersama RadioActive KCAL 96.7 Mike Z. untuk rancangan radio hujung minggu “Wired in the Empire” secara tidak sengaja telah mendedahkan bahawa Linkin Park akan kembali dengan seorang penyanyi wanita.

Orgy

ORGY merupakan band pertama yang membuat tour bersama Linkin Park, dan kemudiannya, Gordon bekerjasama mengadun semula (remix) salah satu lagu Linkin Park, ‘Pts.OF.Athrty,’ untuk album ‘Reanimation’. Gordon memberikan bayangan tentang perkembangan Linkin Park semasa sesi temu bual tersebut:

“Mereka (Linkin Park) sememangnya sebuah band yang sangat hebat. Mereka telah lama wujud (di dalam industri muzik) dan mereka masih lagi mahu meneruskannya. Ia agak sukar tanpa Chester Bennington, tetapi kita akan lihat nanti. Saya dengar mereka mempunyai seorang penyanyi wanita sekarang. Itu yang saya dengar.”

Linkin Park tanpa Chester Bennington

Identiti Penyanyi Baharu Tidak Dikenal Pasti

Selepas Mike Z. bertanya tentang kemungkinan kumpulan Linkin Park akan kembali, Gordon menambah:

“Saya tidak pasti siapa penyanyi itu, tetapi saya dengar dia adalah seorang wanita. Mereka mungkin cuba untuk terus bergerak seperti itu. Itu sepatutnya menarik.”

Mike Shinoda Bercakap Mengenai Potensi Kemunculan Kembali

Sejak Chester Bennington meninggal dunia pada 20 Julai 2017, Linkin Park telah menyepikan diri. Semasa siaran langsung Twitch 2022, Mike Shinoda menyatakan bahawa sebenarnya dia sentiasa berhubung dengan ahli kumpulan yang lain, tetapi mereka tidak merancang apa-apa pada masa ini. Mike menjelaskan:

“Satu-satunya berita Linkin Park yang saya ada untuk anda ialah… Ya, kami bersembang setiap beberapa minggu sekali dengan ahli kumpulan. Tiada tour, tiada muzik, tiada album dalam perancangan.”

Mike terus memberitahu agar jangan terlalu teruja lebih awal:

“Buat masa ini, hanya itu sahaja yang dapat saya beritahu. Sebab apabila saya atau ahli kumpulan yang lain beritahu sesuatu, semua orang akan cuba menggembar-gemburkan berita tersebut, dan kami rasa anda akan mengecewakan diri sendiri. Jangan buat begitu.”

Mike Shinoda mengimbau semula beberapa lagu kumpulan itu melalui sesi jamming “Already Over Sessions” bersama pemuzik dari negara berbeza sepanjang tahun lalu.

Already Over Session

Temu bual Jay Gordon bersama RadioActive KCAL 96.7 Mike Z. untuk rancangan radio hujung minggu “Wired in the Empire”:


Spread the love
Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.

You cannot copy content of this page