September 7, 2024

MMS | Malaysia Music Scene

Bukan Sekadar Muzik

Lebih 10 Ribu Peminat Di jangka Bakal Hadir ke Konsert Mahardika

3 min read
Spread the love

‘Konsert Mahardika’ Membariskan Spider, Ella dan Masdo

Tiga figura hebat industri muzik tempatan, Masdo, Ella dan Spider bakal memeriahkan ‘Konsert Mahardika’ yang bakal berlangsung di Spice Arena Penang, Pulau Pinang pada 30 Ogos ini.  Keterujaan ini bukan hanya melatari The Don Group selaku penganjur tatapi ianya turut mensasarkan lebih 10,000 peminat trio yang punyai puluhan ribu peminat.

“Kami mensasarkan lebih 10 ribu peminat akan hadir untuk menyaksikan konsert Mahardika itu nanti.  Kami percaya Masdo, Ella dan Spider mempunyai puluhan ribu peminat mereka sendiri.  Justeru itu tidak salah kami mensasarkan bilangan penonton sebanyak itu”, ujar Scha Syafiqa Amir Hamzah ketika sidang media konsert Mahardika yang telah berlangsung di Hard Rock Café Kuala Lumpur pada 16 Julai lalu.

“Sehingga hari ini, sudah lebih 50 peratus tiket terjual.  Jadi kami percaya dengan meletakkan sasaran 10 ribu penonton sudah cukup.  Meskipun Spice Arena mampu memuatkan 12 ribu pengunjung dalam satu-satu masa, 10 ribu penonton sudah memadai selain memberi keselesaan kepada peminat”, ujarnya

Beliau yang juga Pengarah Urusan The Dons Group turut menjelasakan bahawa hiburan yang dipersembahkan bukan kosong sebaliknya penuh dengan sepak terajang, perjuangan dan turun naik pemuzik dalam belantika hiburan tempatan sehingga harum nama mereka di Nusantara.

Mahardika: Spider X Ella X Masdo dipercayai akan menjadi konsert terhebat yang pernah dianjurkan The Dons Group pada tahun ini serta bakal melakar sejarah tersendiri dengan bantuan kehadiran peminat.

Bercakap tentang Mahardika, Syed Mohamad atau mesra dengan panggilan Don dari The Dons Group, memberitahu makna di sebalik pemilihan perkataan Mahardika yang menjadi medan perkongsian panggung oleh Spider, Ella dan Masdo.

“Mahardika bermaksud ‘Malam Hari Merdeka’ dan digabungkan menjadi akronim Mahardika.

“Kami di The Dons Group memang sengaja memilih nama Mahardika kerana ia dilangsungkan sesuai dengan tarikh yang dipilih iaitu 30 Ogos 2024, menuju kepada hari kemerdekaan negara yang jatuh pada setiap 31 Ogos,” ujar Don

Don kemudian menyifatkan Spider,Ella serta Masdo sangat bertepatan untuk menjayakan Mahardika pada 30 Ogos 2024 di Spice Arena Penang kerana kredibiliti dan perjuangan mereka dalam era serta fasa muzik masing-masing.

“Kami melihat Spider, Ella dan Masdo sangat sesuai dengan tema konsert Mahardika kerana seperti yang semua sedia maklum ketiga-tiga pemuzik ini punya perjuangan dan telah melakar sejarah tersendiri sama ada dalam negara atau di Nusantara.

“Pada masa yang sama kami mahu melihat peminat dalam kalangan pelbagai usia hadir ke Mahardika melihat sendiri betapa hebatnya pemuzik tempatan yang tidak kurang dari artis luar,” ujar Don lagi.

Mengenai lokasi penganjuran di Pulau Pinang, Don memaklumkan sebagai penganjur mereka memanfaatkan segala peluang yang ada termasuk pengiktirafan di peringkat antarabangsa untuk menarik lebih ramai pelancong khususnya Masyarakat dalam negara dan luar negara untuk bercuti ke negeri itu.

Sementara itu, Mahardika akan menjadi momen terbaik buat Spider bertemu peminat mereka selepas tiga dekad tidak mengadakan persembahan di Pulau Pinang.

“Mahardika bukan sahaja akan menjadi kesempatan terbaik buat Spider malah peminat di Pulau Pinang atau Utara bertemu serta melihat persembahan kami secara langsung selepas tiga dekad tidak membuat persembahan di sana,” ujar vokalis Spider, Tam.

Kugiran Masdo juga berharap peminat tidak melepaskan peluang hadir ke Mahardika yang diadakan di Spice Arena Penang pada 30 Ogos 2024 kerana ini merupakan kolaborasi pertama mereka bersama Spider.

“Kami berasa cukup teruja dapat berkongsi pentas bersama dengan Ella dan juga Spider, dimana satu ketika dahulu lagu-lagu mereka menjadi ‘nadi’ tumbesaran kami”, ujar Ali selaku gitaris dan vokalis Masdo.

“InshaAllah kami akan memberikan yang terbaik buat peminat dan sepertimana biasa, persembahan Masdo adalah momen indah yang harus dikenang oleh peminat yang hadir pada malam itu nanti”, tambahnya.

Untuk pembilan tiket, peminat boleh mendapatkan tiket bermula harga RM98 (STANDING), RM118 (SILVER ZONE), RM128 (ROCK ZONE), RM148 (PLATINUM), RM198 (GOLD), RM350 (VIP) menerusi www.TICKET2U.com


Spread the love
Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.

You cannot copy content of this page