November 24, 2024

MMS | Malaysia Music Scene

Bukan Sekadar Muzik

‘Lebaran’ Satukan Artis Dua Suara Media

Spread the love

Tidak dinafikan kehadiran Syawal yang bakal menjelma diimarahkan lagi dengan nyanyian lagu-lagu yang bermotifkan raya.  Tidak hairanlah mengapa semua syarikat rakaman mengambil kesempatan untuk meriliskan lagu-lagu bernuansakan perayaan.

Dua Suara Media juga turut mengambil peluang tersebut dengan menampilkan kesemua artis yang berada di bawah naungannya untuk merakamkan lagu yang berjudul ‘Lebaran’.

‘Bersempena Syawal yang bakal menjelang tiba, Dua Suara Media juga ingin memberikan sebuah lagu yang bakal memeriahkan lagi suasana lebaran yang akan datang ini”, ujar William Tan sewaktu pelancaran lagu tersebut yang telah di adakan di D Breeze, BSD City Tangerang, Indonesia pada 20 Mac lalu.

Beliau yang juga Pengarah Dua Suara Media berharap agar lagu yang disampaikan oleh artisnya mendapat sambutan dan diterima oleh peminat muzik.

Dimansyah Laitupa, Shara Clara, Yurisana Septeasa, Salma Putri, Reyhan, Fahri Ahmad, Raffa Affar, Latoya de Larasa, Dina Rubby dan Qhutbus Sakha telah menyumbangkan suara mereka menerusi lagu ‘Lebaran’ hasil ciptaan Pepep ST12.

Pepep mengakui antusias dengan semua penyanyi yang memberikan kerjasama yang cukup baik di sepanjang tempoh rakaman lagu tersebut dilakukan meskipun ianya mengambil masa yang singkat.

“Saya ingin melahirkan rasa bangga di atas kerjasama yang diberikan oleh kesemua artis yang sama-sama menjayakan proses rakaman lagu ini.  Walaupun ianya cukup singkat namun hasilnya cukup memberangsangkan”, ujar Pepep

“Saya terpaksa membuat homework memandangkan lagu ini akan dinyanyikan oleh 7 orang artis, jadi saya terpaksa bahagikan kepada beberapa bahagian lirik agar mereka semua dapat nyanyikan”, tambahnya.

Untuk rekod, Dua Suara Media merupakan perusahaan yang bergerak di bidang label dan penerbitan musik digital yang didirikan pada awal 2023.


Spread the love
Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.

You cannot copy content of this page