September 8, 2024

MMS | Malaysia Music Scene

Bukan Sekadar Muzik

Konsert Tombo Ati Ridho Ilahi Sarat Mesej Ketuhanan dan Kemanusiaan

2 min read
Spread the love

Oleh:  Awek Samurai

Meskipun  Konsert Tombo Ati Ridho Ilahi yang berlangsung pada 11 November lalu sudah pun melabuhkan tirainya, namun terpalit sedikit ‘kontroversi’ yang kini menjadi ‘cerita panas’ netizen.  Mahakarya indah yang di persembahkan, dipertontonkan kepada khalayak pada malam itu ternyata  ‘bersih’ seindah warna putih yang menjadi tema pada konsert tersebut.

UNIC terlebih dahulu menggalas tugas untuk memanaskan pentas degan seleksi lagu-lagu yang menaikkan nama UNIC sendiri seperti Hanya Tuhan Yang Tahu, Lafaz Yang Tersimpan, Ainul Mardhiah.  Kolaborasi UNIC bersama Zizi Kirana menerusi lagu Purnama ( Qamarun) ternyata cukup menyentuh perasaan apatah lagi ketika Zizi menunjukkan kebolehannya berqasidah.

Zizi Kirana kemudiannya membawa khlayak ‘terbang’ dengan sebuah lagu cover yang pernah di popularkan oleh Malique dan Yassin iaitu Alhamdulillah.  Usai persembahan Zizi, UNIC membawa penonton untuk bersama-sama menghayati pengertian Qunut Nazilah selain mengaminkan doa yang cukup ‘mendalam’ pengertiannya apatah lagi ianya khusus untuk mereka yang berjuang di Palestine.

Malam terasa syahdu dengan iringan selawat dan doa, Amir Masdi tampil dengan lagu ‘Sayap Ilusi’ dan  ‘Tell Me Why’, dimana lagu itu adalah ‘tribute’ untuk rakyat Palestin yang menjadi mangsa kekejaman Israel .

Adi Priyo atau Adi Sixth Sense juga turut tampil ‘mengimarahkan’ Konsert Tombo Ati Ridho Ilahi, dia menghiburkan hadirin dengan lagu Cinta Padamu Seluas Angkasa dan Ketika Tangan dan Kaki Berkata,  Kehadiran Yabang Khalifah dengan dua lagu dakwah beliau Suara khalifah dan Satu Khalimah.  Pentas kemudiannya disemarakkan lagi dengan kehadiran Fazura yang turut menghiburkan khalayak dengan lagu Jika Cinta Allah.

Gitar kesayangan gitaris kumpulan Sheila On 7 (SO7), Eross berjaya dibida oleh seorang peminat lelaki dengan nilai RM11,000.  Lebih istimewa, gitar warna hitam jenis Washburn Bantam Travel itu turut mempunyai tandatangan Eross, Sakti dan Opick.

Sakti yang kini dikenali Salman Al Jugjawyy teruja dan meluahkan rasa syukur dengan sambutan diberikan penonton terhadap gitar yang dibuka harga lelongan bernilai RM3,000.

Konsert ini turut menyaksikan Sakti atau nama sebenarnya, Saktia Ari Seno buat pertama kali mengadakan konsert selepas 17 tahun meninggalkan bidang muzik dan melakukan penghijrahan demi mendapatkan kehidupan lebih baik. Antara lagu dipersembahkan adalah Cahaya Terang, Bertasbih, Buat Aku Tersenyum dan juga Sephia yang ditukar liriknya ke arah kerohanian menjadi Dunia.

Kemuncak konsert pastinya persembahan Opick yang berjaya menyentuh hati penonton dengan rangkaian lagu hits seperti Rapuh, Dealova, Bila Waktu T’lah Memanggil dan Palestin Calling…You, sambil memaparkan kekejaman yang berlaku di Gaza akibat kerakusan tentera Zionis Israel di Papan LED.  

Konsert anjuran Alkauthar Eduqids dan Icon Entertainment dan berdurasi 3 jam itu menyelami lagu-lagu yang berkonsepkan relegi seakan tidak terasa apatah lagi ianya turut disemai kuntuman doa yang cukup menghibakan. Inilah kekuatan konsert Tombo Ati Ridho Ilahi yang bukan sahaja membawa hadirin dibuai untaian lagu-lagu tetapi sarat dengan mesej kemanusiaan dan ketuhanan.


Spread the love
Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.

You cannot copy content of this page