September 17, 2024

MMS | Malaysia Music Scene

Bukan Sekadar Muzik

“Konsert Slam Nurkasih” Bakal Rungkai Rindu Peminat

2 min read
Spread the love

Aura Slam masih lagi kuat, jadi tidak hairanlah mengapa kumpulan yang popular dengan lagu Gerimis Mengundang ini masih lagi relevan sehingga kini. Usia Slam yang kini sudah menjangkau 32 tahun dalam persada seni tempatan pastinya ianya adalah sesuatu yang di luar jangkaan.

Zamani, Shah, Eddie, Lili dan Man masih lagi kekal di bawah jenama Slam dan berharap agar peminat terus memberikan sokongan kepada apa sahaja aktiviti yang mereka sertai.

Lantaran itu pihak AGV & WMD selaku penganjur konsert dengan menampilkan Belbis sebagai rakan produksi bersama rakan strategik, Mewah Event Management menganjurkan “Konsert Slam Nurkasih” yang dijadualkan bakal berlangsung pada 6 Ogos ini di Zepp Kuala Lumpur.

Konsert Slam Nurkasih akan bermula pada pukul 8.30 malam. Slam akan membawakan sekitar 18 hingga 20 buah lagu-lagu hits mereka yang pasti membawa kenangan indah buat peminat.

“Alhamdulillah kesihatan saya kini bertambah baik, InshaAllah kami akan bekerja keras untuk memberikan yang terbaik buat peminat dalam konsert itu nanti”, ujar Zamani yang juga vokalis kumpulan Slam.

“Konsert Slam Nurkasih yang juga judul sebuah lagi hits kumpulan ini daripada album kedua, Kesan Terbukti, yang tentunya menggamit banyak memori apabila nama mereka mula meledak pada 1995 dan terus diminati hingga kini” ujar Zamani ketika ditemui media ketika pelancaran konsert tersebut di Kuala Lumpur pada 15 Jun lalu.

Pembeli tiket Konsert Slam Nurkasih turut berpeluang memenangi hadiah nombor tiket bertuah berupa sebuah gitar. Sebanyak 4 buah gitar bakal dibawa pulang oleh pemenang di mana 2 buah gitar eletrik dan 2 gitar akustik, keduanya di taja oleh PBH MUSIC Sdn Bhd.

Pihak Royale Chulan Hotel Kuala Lumpur turut menawarkan pakej istimewa buat pembeli yang ingin menginap di hotelnya.

Tiket dijual pada harga serendah RM198 dengan empat kotak Royal Box berharga RM5,000 setiap satu telah dijual. Empat kotak Royal box telah pun terjual sejak hari pertama jualan tiket dibuka pada 5 Mei yang lalu.

Bagi yang ingin mendapatkan tiket untuk menyaksikan konsert tersebut boleh menghubungi Illaso ticket 03-21706333 atau melayari https://ilassotickets.com/event/konsert-slam-nurkasih/


Spread the love
Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.

You cannot copy content of this page