September 17, 2024

MMS | Malaysia Music Scene

Bukan Sekadar Muzik

Konsert Semangat Zaman Sempena Ulang Tahun ke-20 Di Zepp September Ini

2 min read
Spread the love

‘Semangat Zaman’ adalah merupakan judul album kompilasi yang telah diriliskan pada tahun 2004, ianya menggabungkan Datuk Nash, Yantzen, Aris Ariwatan, Rahim Maarof, Muss dan Joey BPR. 

Usia bukanlah halangan malah ianya mendewasakan lantaran itu bersempena 20 tahun kelahiran album tersebut, pihak Semangat Zaman Music Entertainment Sdn Bhd bakal mengadakan “Konsert Semangat Zaman – 20th Anniversary yang akan berlangsung pada 29 September ini di Zepp, Kuala Lumpur.

Bersandarkan kepada pengalaman luas dan kreativiti Pengarah Muzik, Alfa Booty, lapan vokalis ini akan beraksi di atas satu pentas, satu malam dengan berpaksikan genre rock yang menjadi wadah perjuangan mereka sejak dahulu lagi.

“Kerajaan prihatin tentang nasib golongan artis dan Konsert Semangat Zaman juga mendapat sokongan daripada KPDN.  Kita akan membantu memperjuang dan membangunkan industri muzik tempatan sebagai pemangkin kepada industri muzik,” ujar Datuk Azman Mohd Yusof, pada  majlis sidang akhbar dan pelancaran Konsert Semangat Zaman yang di adakan di Kota Permai Golf & Country Resort, Kota Kemuning Shah Alam pada 4 Julai lalu.

Beliau yang memegang portfolio Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) turut menyatakan bahawa golongan artis yang terlibat dalam bidang tersebut akan dibantu dan perlu diketengahkan kreativiti mereka bukan hanya sekadar di dalam negara malah di luar negara khususnya negara jiran seperti Indonesia, Thailand dan Singapura.

Sementara itu, Semangat Zaman Music Entertainment yang diketuai oleh Jean Lau berkata, pada malam konsert nanti, akan diundang keluarga penyanyi Rahim Maarof dan arwah Shamrin (Fotograf).

“Kita juga akan beri sedikit sumbangan kepada pihak keluarga kedua-dua penyanyi berkenaan.  Memang pada asalnya Rahim Maarof sepatutnya bersama-sama dengan Datuk Nash, Yantzen, Jatt, Joey untuk menjayakan Konsert Semangat Zaman tetapi atas faktor kesihatan, tidak mengizinkan,” katanya.

Kata Jean lagi, 20 tahun album Semangat Zaman sehingga ke hari ini, segalanya dizahirkan di atas platform konsert.  Lebih menarik konsert yang berdurasi 2 jam ini akan turut menampilkan lagu baharu yang akan di muatkan dalam siri kompilasi Semangat Zaman 3.

Untuk rekod album Semangat Zaman ini berjaya mencapai jualan Multi Platinum (jualan melebihi 100,00 unit)

Untuk para peminat genre rock yang ingin menyaksikan Konsert Semangat Zaman September nanti, boleh beli tiket awal dengan harga istimewa, RM198 dan duduk di Zon Rock mulai hari ini sehingga 15 Julai di www.bookmyshow.com.

Tiket-tiket juga dijual di www.bookmyshow.com pada harga RM208, RM328 (Kerusi Normal-Bernombor) dan RM388 (Premium-Tempat Duduk Bernombor) atau hubungi talian 03-92124202.


Spread the love
Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.

You cannot copy content of this page