September 17, 2024

MMS | Malaysia Music Scene

Bukan Sekadar Muzik

Siti Badriah Bakal Memeriahkan Konsert Koplo Pentas Borneo 2024 Di Sarawak

2 min read
Spread the love

Para peminat muzik dangdut di Sarawak akan disajikan dengan kehadiran bintang dangdut dari Indonesia, Siti Badriah, pada konsert Koplo Pentas Borneo 2024 bulan depan. Ini adalah kerana bintang dangdut antarabangsa tersebut yang akan menjadi artis utama atau headliner dalam konsert Koplo Pentas Borneo 2024 yang bakal dianjurkan di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) pada 17 Februari 2024.

Siti Badriah yang terkenal dengan hit Indo-popnya ‘Lagi Syantik’ meraih kejayaan selepas lagu tersebut yang dilancarkan pada tahun 2018 mendapat 160 juta tontonan di YouTube dan sejak dilancarkan, lagu itu juga ianya telah mencapai lebih dari 500 juta tontonan. Sehubungan itu, para penganjur konsert itu yakin yang kehadiran Siti akan menjanjikan satu malam penuh dengan persembahan yang memukau.

Dianjurkan oleh Pentas Borneo Sdn Bhd, konsert Koplo Pentas Borneo 2024 tidak akan hanya menampilkan Siti Badriah, tetapi juga menghadirkan kumpulan pop Indonesia Keris Patih dan kumpulan dari Malaysia, Luvia Band untuk menambahkan lagi kemeriahan malam tersebut.

Selain persembahan utama, konsert ini akan mempersembahkan dua genre muzik yang berbeza juga, iaitu ‘koplo’ dan ‘galau’, dengan artis-artis di bawah Nagaswara Music Media and Publishing Jakarta turut memberi persembahan. Keris Patih dan Luvia Band akan menambahkan keunikan masing-masing dalam segmen ‘galau’ acara konsert tersebut.

Menurut Mohd Shahreen Shuib, pengurus operasi Pentas Borneo Sdn Bhd, beliau meluahkan kegembiraannya mengenai acara yang akan datang, dengan jangkaan penonton sekitar 5,000 orang. Beliau menggalakkan peminat koplo, sebuah sub-genre dangdut, untuk menikmati muzik dan rentak yang dibawakan oleh salah satu bintang koplo terbesar Indonesia.

“Kami berharap mendapat sokongan dari peminat dan mereka yang suka lagu Indo-pop, dan irama perlahan Keris Patih dan Luvia Band juga boleh menghiburkan para penonton konsert ini.

“Tiket untuk konsert Koplo Pentas Borneo 2024 yang boleh dibeli di www.ticket2u.com.my, akan tetapi walaupun tiket boleh dibeli secara dalam talian, penjualan tiket fizikal juga akan diutamakan.

“Kami akan mula menjual tiket fizikal pada 13 Januari pada jerayawara kami dan jualan tiket fizikal akan bermula pada 13 Januari tahun ini dengan harga bermula dari RM88, bergantung kepada pilihan zon.

“Terdapat empat kategori zon yang ditawarkan oleh para penganjur iaitu Zon Perak (RM88), Zon Emas (RM99), Zon Koplo (RM120) dan Zon VIP (RM170),” kata Mohd Shahreen kepada para wartawan yang menghadiri sebuah sidang media yang diadakan oleh penganjur konsert tersebut baru-baru ini.

Selain daripada itu, para penganjur Koplo Pentas Borneo 2024 juga mendedahkan yang mereka telah berkolaborasi dengan Lembaga Pelancongan Sarawak (STB), Cats FM, Tealive East Malaysia, dan Plaza Merdeka Mall untuk konsert ini, menunjukkan komitmen untuk menjadikan acara tersebut pengalaman yang tak boleh dilupakan untuk mereka yang menghadirinya. Oleh kerana itu, para penganjur Koplo Pentas Borneo berharap peminat muzik tidak akan melepaskan peluang untuk merasai dunia yang berwarna-warni dengan muzik dangdut di konsert itu.

Bagi yang ingin mendapatkan maklumat lanjut, pertanyaan boleh diarahkan kepada nombor telefon 016-6797885.


Spread the love

You may have missed

You cannot copy content of this page