May 6, 2025

MMS | Malaysia Music Scene

Bukan Sekadar Muzik

Konsert Kenangan Yang Menghidupkan Jiwa Menerusi Glenn Fredly Holographic Performance: Live In Malaysia

Spread the love

Bakal Berlangsung Pada 18 Julai 2025 di Zepp Kuala Lumpur

Suara Glenn Fredly sentiasa hidup dalam jiwa peminatnya. Meski pemergiannya sudah beberapa tahun berlalu, karya-karyanya terus mengalun di hati, menyentuh perasaan cinta, rindu dan harapan. Selepas kejayaan konsert Glenn Fredly 25 Years of Music: Holographic Performance di Beach City International Stadium, Jakarta dua tahun lalu, kini giliran peminat di Malaysia pula mengubat rindu.

Bakal berlangsung pada 18 Julai 2025 di Zepp Kuala Lumpur, konsert Glenn Fredly Holographic Performance: Live in Malaysia yang dibawakan oleh Premier Live Productions menjanjikan malam penuh emosi dan kenangan, meraikan warisan muzik seorang legenda.

Lebih daripada sekadar konsert, ini adalah ritual kenangan – menghidupkan kembali sosok Glenn Fredly dalam bentuk hologram buat julung kalinya di pentas Malaysia. Teknologi imersif ini membolehkan peminat menyaksikan kehadiran ‘hidup’ Glenn dalam persembahan lagu-lagu yang mengisi perjalanan hidup ramai — antaranya “Kasih Putih”, “Januari”, “Akhir Cerita Cinta”, “Sedih Tak Berujung” dan “Terserah”.

“Warisannya tak hanya hidup dalam karya, tetapi juga dalam nilai yang dia perjuangkan — keberagaman, perdamaian dan kemanusiaan. Ini bukan sekadar pertunjukan, tetapi ruang suci untuk mengenang dan merayakan semangat Glenn.” ujar Ibram Putra, penganjur utama konsert

Turut memeriahkan persembahan ialah Mutia Ayu (isteri Glenn Fredly), Ryan D’Masiv, Noh Salleh, dan Nadira Adnan, yang akan bergabung bersama The Bakuucakar, band pengiring asal Glenn. Kolaborasi ini bakal menyatukan cinta dan harmoni dalam satu tribut yang ikhlas dan menyentuh kalbu.

“Kami yakin peminat Glenn Fredly di Malaysia telah lama menantikan saat ini. Ini peluang untuk menghidupkan semula kenangan dan menghargai karya agungnya secara langsung.” Kata Anuar Osman daripada Matahati Sdn. Bhd., rakan promotor konsert

Konsert ini bukan sahaja meraikan muzik, tetapi menjadi detik bersejarah dalam dunia hiburan Asia Tenggara tetapi bukti bahawa teknologi mampu menjambatani masa dan kenangan.

Tiket dijual bermula pada harga RM188 dan boleh didapati menerusi laman sesawang rasmi www.ticket2u.com.

Untuk info terkini, ikuti:
📱 @premierlivepro | @bumientertainment | @musikbagusrecords | @glennfredlymusik


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.

You cannot copy content of this page