Konsert GenKRU ‘Sold Out’, Icon Entertainment Umum Hari ke-3
Dijadual Bakal Berlangsung Pada 10 Mei 2025, Tiket Akan Dijual Pada 8 Januari Bermula Jam 3 Petang
Iman Tang daripada Icon Entertainment memberitahu, keputusan dibuat selepas menerima banyak pertanyaan peminat yang kecewa apabila tiket malam pertama dan kedua konsert ‘Sold Out’ dalam tempoh singkat.
“Setelah membuat pertimbangan, kami dengan persetujuan Datuk Norman, Datuk Yusry dan Edry sepakat memenuhi hajat peminat tegar yang terlepas mendapatkan tiket konsert hari pertama dan kedua yang dijadualkan pada 3 dan 4 Mei”, jelas Iman Tang kepada media di Mandarin Oriental Hotel Kuala Lumpur pada 3 Januari lalu.
“Kami tidak sangka sambutan sangat luar biasa dengan permintaan yang tidak pernah putus di media sosial. Ini membuatkan Icon Entertainment dan KRU mahu merialisasikan impian peminat yang ‘tewas berperang’ sebelum ini.
“Hasil pertimbangan yang cukup berhati-hati selain persetujuan daripada trio bersaudara itu, maka 10 Mei 2025 dipilih sebagai tarikh sesuai bagi penganjuran konsert hari ketiga iaitu selang seminggu selepas malam pertama dan kedua,” ujarnya.
Iman turut memaklumkan pemilihan hari konsert ketiga yang tidak dilaksanakan berturut-turut adalah bersangkutan dengan perkara teknikal selain memberi pihak penganjur dan KRU sendiri menyusun semula jadual yang sebelum ini telah diisi dengan agenda lain.
Keputusan menjadikan konsert Genkru tiga hari juga merupakan sejarah baharu yang wajar dibanggakan penggiat seni tempatan apabila kebanyakkannya hanya mengadakan konsert selama dua hari.
“Konsert berskala mega untuk tiga malam ini merupakan satu penghormatan buat penyanyi tempatan kita sekali gus menjadi penanda aras buat rakan seperjuangan lain memecahkan rekod ini,” ujarnya.
Penganjuran Konsert GENKRU di Axiata Arena yang bakal berlangsung pada 3,4 dan 10 MEI 2024 ini menyaksikan penampilan sulung KRU selepas enam tahun.
Tiket untuk Konsert GENKRU boleh didapati melalui laman www.ticket2u.com.my/kru3 harga bermula dengan kategori dan harga: reKRUed-RM258, Canggih -RM358, Relax -RM478, Kaset-RM508, KRUjaan -RM548 dan KRUnisme -RM588.
Untuk pemegang kad Maybank (MAYBANK CARDMEMBERS), pra-jualan tiket dibuka pada 7 Januari 2025 (Selasa sahaja) dari pukul 11 pagi.