Konsert Craig David Presents TS5 di Kuala Lumpur 2025 Dibatalkan

Peminat yang menantikan persembahan Craig David Presents TS5: Live in Kuala Lumpur 2025 terpaksa akur apabila penganjur, T-Rex Studio, mengumumkan pembatalan konsert tersebut atas sebab yang tidak dapat dielakkan.
Menurut kenyataan rasmi, semua pembeli tiket akan menerima pulangan balik penuh (full refund) termasuk caj tiket dan caj pemprosesan. Proses bayaran balik akan dibuat secara automatik ke kaedah pembayaran asal yang digunakan semasa pembelian di Ticket Empire.
Bagi pembelian menggunakan FPX (perbankan dalam talian), pihak Ticket Empire akan menghubungi pembeli menerusi emel untuk mendapatkan butiran akaun bank. Proses bayaran balik dijangka mengambil masa sekitar 15 hingga 30 hari bekerja dari tarikh pengumuman.

Sebagai tanda penghargaan atas sokongan peminat, semua pemegang tiket juga akan menerima e-baucar Grab bernilai RM10, yang akan dihantar melalui akaun rasmi T-Rex Studio di WhatsApp.
Untuk pertanyaan lanjut, pembeli tiket boleh menghubungi talian WhatsApp rasmi 011-33482950 atau emel ke support@myticketempire.com.

Pihak penganjur turut merakamkan ucapan terima kasih atas kesabaran dan sokongan berterusan daripada peminat, meskipun konsert yang dinanti-nantikan ini tidak dapat diteruskan.