September 17, 2024

MMS | Malaysia Music Scene

Bukan Sekadar Muzik

Konsert Bersama Orkestra Bakal Singkap ‘Layar Seni’ Kerjaya Exists

2 min read
Spread the love

Berdiri teguh di atas jenama ‘Exists’ boleh disignifikasikan umpama tuahnya nama tersebut, masih terus gah setelah 32 tahun membina empayar.  Pelbagai perit jerih ditempuhi malah nama itu tetap terpahat pada radar industri muzik tempatan.

Konsert Exists X Orkestra yang dijadual berlangsung pada 22 Disember 2023 dan akan berlangsung di Megastar Arena Kuala Lumpur itu nanti turut memahatkan satu lagi sejarah buat kumpulan yang cukup popular dengan lagu Untukmu Ibu, Rahsia Pohon Cemara, Jesnita, Mengintai Dari Tirai Kamar dan sebagainya apabila buat pertama kali berkolaborasi dengan pemain orchestra.

“Kami fikir dengan sudah banyak persembahan skala kecil kepada skala besar, dengan usia 32 tahun Exists, ini adalah masa yang sesuai untuk kami berkolaborasi dengan orkestra. Exists sendiri tidak sabar untuk mencipta sejarah ini peribadi”, ujar Along sewaktu di temui media ketika sesi latihan Exists bersama Orkestra Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) pada 5 Disember lalu.

“Apapun terima kasih yang sebesarnya mahu kami sampaikan kepada peminat kerana jika tanpa sokongan dan kepercayaan bahawa Exists masih relevan dan perlu terus hidup dalam industri ini”, ujarnya lagi.

Senada dengan Along, Ezad Lazim juga turut melahirkan rasa terujanya kerana dapat berkolaborasi dengan pemuzik orkestra.

“Pada saya ianya bagaikan bermimpi, bukan mudah untuk menterjemahkan sesebuah lagu yang biasa di lontarkan bersama kumpulan, kini ianya bakal dilontarkan bersama pemuzik orkestra.  Sudah pasti nadanya lain, sungguhpun begitu InshaAllah kami akn memberikan hanya yang terbaik buat semua peminat”, ujar Ezad

Konsert Exists X Orkestra yang dibawakan oleh Persatuan Global Malaysia itu nanti bakal menyaksikan kugiran ini bergabung dengan lebih 30 pemain orkestra penuh.

“Exists sendiri sangat teruja untuk melakukan konsert Exists X Orkestra kerana kami tidak pernah membuat persembahan seperti ini sebelumnya.

“Bunyian akan lebih ‘mewah’ dan ada banyak lagu yang boleh dikemas semula bersama orkestra. Apa yang pasti semua lagu yang bakal dibawakan nanti bersifat sing along,” ujar Ajai

Sementara itu, Mamat yang kini berulang-alik dari Johor ke Kuala Lumpur sedia memberikan komitmen kepada konsert itu nanti.

“Saya akan menyanyikan kira-kira 11 lagu pada konsert ini, justeru itu saya perlu mencari stamina saya sendiri, setakat ini adalah saya jogging sikit-sikit”, ujarnya

Konsert Exists X Orkestra bakal mempersembahkan 25 buah lagu-lagu terbaik yang di ambil dari kesemua album yang pernah dirakamkan oleh Exists.

Peminat boleh mendapatkan tiket-tiket berharga bermula RM568, RM468, RM368, RM268 dan RM168 dan boleh dibeli menerusi laman sesawang Www.MyTicket.Asia.


Spread the love
Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.

You cannot copy content of this page