November 24, 2024

MMS | Malaysia Music Scene

Bukan Sekadar Muzik

Konsert 5 Rukun Sarat Dan Padat

Spread the love

Oleh:  Sakinah

5 Rukun yang menjadi teras dalam pegangan agama islam ni diterjemahkan melalui konsert gabungan 5 penggiat industri nasyid tanah air,antaranya Rabbani,Hijjaz,In team,Mestica dan Daqmie. Konsert yang menjerumus mengenai perpaduan umat islam melalui dakwah kecil bagi menyampaikan mesej islam dalam bentuk hiburan.

Konsert yang berlangsung di  Zepp Kuala Lumpur pada 15 September 2023 lalu bermula jam 9 malam. Bukan sekadar konsert biasa, malah Konsert 5 Rukun ini diiringi oleh Orkestra Tradisional Malaya (OTM) yang dibawakan khas oleh Istana Budaya yang mana ianya dipimpin oleh Tuan Yazid Zakaria selaku pengarah muzik terkemuka di Malaysia.

Dengan menerapkan gabungan irama nasyid dengan irama tradisional serta elemen budaya Malaysia yang lain, Konsert 5 Rukun turut menyaksikan pertembungan unik muzik Islamik dan muzik tradisional Melayu yang selama ini menjadi cerminan jati diri kita dalam melalui kehidupan seharian.

 Pembukaan konsert ini dimulakan dengan nyanyian gabungan kelima-lima artis nasyid dengan membawakan lagu Syahadah dan seterusnya di ikuti dengan persembahan alunan muzik yang memukau oleh Okestra Tradisional Malaya. Sepanjang konsert dijalankan, penonton dilihat cukup teruja dan turut sama menyanyikan lagu-lagu yang disampaikan oleh semua penasyid.

Ketika selingan orkestra  dengan instrumental lagu Allahyarham Tan Sri P.Ramlee ” Di Mana Kan Ku Cari Ganti ” bersama slide ahli-ahli nasyid dan individu dibelakang tabir yang terlibat dalam perjalanan industri nasyid tempatan yang telah pergi meninggal kan kita betul-betul menerbitkan rasa terharu dan sedih di kalangan penonton, selepas selingan yang mengharukan Rabbani dan Dakmie terus  mengambil tempat mendendangkan lagu Pergi Takkan Kembali  membuat penonton semakin terharu dan ramai menitis kan airmata, entah kenapa terasa begitu syahdu alunan suara Dakmie dan ahli kumpulan Rabbani .

Beberapa lagu yang popular seperti Kasih Kekasih, Fatamorgana ,Kasih Sebatang Tamar membuat kan Zepp menjadi riuh dengan nyanyian bersama penonton . Begitu juga ketika Hijjaz tampil dengan lagu Sumayyah Zepp menjadi lebih riuh dengan alunan acapella sebelum muzik orkestra masuk . Rangkaian lagu lagu yang Hijjaz dendangkan sudah semestinya mengamit nostalgia zaman remaja dahulu .

Mestica juga tidak kurang hebat nya dengan lagu hits mereka Layar Keinsafan manakala Inteam dengan lagu hit Kasih Kekasih dan Tiada Tarikh Tamat membuat semua penonton menjerit teruja sesungguh nya konsert 5 Rukun menghamparkan lagu-lagu yang boleh membuatkan penonton cukup teruja untuk mendengar lagu apakah yang akan dipersembahkan selepas ini.

Sebelum berakhir konsert semua artis naik ke pentas Dakmie,Hijjaz,Inteam,Mestica,Rabbani mengajak semua yang ada di dalam Zepp berdiri dan berselawat Ya Nabi Salam Alaika bersama sama.

 Secara keseluruhan, dapat dilihat konsert yang berdurasi selama lebih kurang 2 jam ini berjalan dengan jayanya. Dari segi sistem suara,susunan persembahan, interaksi antara penasyid dan penonton memang boleh dikatakan ianya sangat membanggakan. Semoga konsert yang baik seperti ini akan dapat diteruskan lagi pada masa akan datang


Spread the love
Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.

You cannot copy content of this page