November 24, 2024

MMS | Malaysia Music Scene

Bukan Sekadar Muzik

Kolaborasi NADA untuk Koleksi Harijadi Skarf Terkini Nabila Razali

Spread the love

Oleh: Zizi Hashim

Foto Kredit:  NADA

“Hari ni saya nak dedicate kan lagu ini kepada semua yang hadir kerana “Hanya Kamu” saja yang boleh menjayakan “Nada x Nabila Razali ini.” kata-kata itu disambut sorakan gamat dan tepukan kuat dari semua yang hadir. Kembali dengan single terbaru “Hanya Kamu” sebuah lagu pop balada bernuansa romantis yang kaya dengan melodi indah dan lirik puitis, hasil karya komposer-komposer terkenal seperti Brendan Lim, MFMF, Zen, Denise Chan dan Aisha Retno, lagu terbaru Nabila Razali ini dikatakan bakal mengulangi kejayaan lagu hits “Peluang Kedua” gubahan dari komposer yang sama. Lagu yang mengisahkan kronologi percintaan Nabila dan suami telah pun mendapat tempat di hati peminat.

Pengantin baru yang masih tampak berseri-seri itu menyambung setelah usai nyanyian, “Impian saya adalah untuk mengabadikan hari bahagia saya dengan sebuah karya istimewa, oleh itu saya ingin berkongsi momen gembira tersebut melalui lagu “Hanya Kamu” ini. Lagu ini saya hadiahkan khas buat suami tercinta. Semoga ianya bakal menjadi lagu tema perkahwinan bakal pengantin di luar sana.” Aura lagu yang membuai perasaan setiap yang mendengarnya, ternyata bertepatan dengan gambaran perasaan Nabila apabila tibanya hari bahagia yang ditunggu-tunggu sekian lama.

Nabila tampak menyerlah dalam busana ‘shocking pink’ ketika ditemui pada 30 November yang lalu sewaktu majlis pelancaran single terbaru dan kolaborasi kreatif terbaru Nabila bersama jenama tudung terkemuka iaitu NADA yang bertempat di EL&N London, Pavilion KL dengan tema ‘all white’, Nabila melahirkan rasa gembira dan terujanya. “Saya sudah lama berkawan baik dengan Nurin Afiqah (pengasas NADA), idea untuk bekerjasama secara kreatif seperti ini tercetus secara tidak sengaja. Kenapa tidak, kan? Koleksi skarf yang ada pada hari ini merupakan buah fikiran saya, kerana saya memang gemarkan kombinasi flora dan corak monogram. Rasanya tidak pernah dihasilkan sebelum ini, lalu kami datangkan dalam pilihan rona-rona pastel yang cantik.”

Dilancarkan pada bulan kelahiran Nabila sendiri, koleksi tudung bawal ini diberi label istimewa sebagai ‘Skarf Koleksi Harijadi Nabila Razali’ yang tersedia dalam 3 rekaan berbeza hasil garapan dan sentuhan Nabila secara peribadi. Lebih menarik lagi, setiap rekaan didatangkan dalam 5 rona pastel yang berlainan dengan jumlah 15 helaian yang unik serta eksklusif bagi menepati citarasa NADA dan penggemar skarf. Untuk makluman, NADA merupakan jenama fesyen ‘modest’ hasil ilham Nurin Afiqah sejak tahun 2020. Cukup dikenali sebagai pempengaruh Zumba popular ketika itu, Nurin Afiqah menyimpan misi merekabentuk pakaian terkini dengan mengekalkan elemen estetik kesopanan yang standard. Dalam masa hanya 3 tahun, NADA telah berjaya menghimpun pengikut setia dari Malaysia dan juga Singapura. Keluaran pakaian ‘modest’ yang selesa seperti ‘athleisure’, pakaian Raya dan koleksi tudung bercorak menjadikan NADA sebagai jenama yang dikenali ramai hari ini.

Suasana petang itu turut dihiasi dengan pelbagai aktiviti menarik, bermain games bersama Nabila Razali, peminat-peminat juga boleh menebus baucer bagi pembelian tudung. Fabrik satin berkualiti tinggi sering digunakan oleh NADA dalam setiap penghasilan tudung bawal mereka kerana ianya ringan, mudah digosok dan digayakan disamping mampu menaikseri setiap rekaan dan warna tudung. Pada setiap tudung juga tertera ‘NADA x Nabila Razali’ bagi menambahkan nilai eksklusif tudung edisi terhad ini. Dapatkan segera dengan pembelian bermula 4 Disember jam 8:30 malam di laman web rasmi NADA – www.nadaidentity.com atau di Shopee @nadaidentity sebelum kehabisan.


Spread the love
Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.

You cannot copy content of this page