September 17, 2024

MMS | Malaysia Music Scene

Bukan Sekadar Muzik

Kolaborasi Merentas Budaya Antara Malaysia & Indonesia Menerusi “Mantap Cuy”

2 min read
Spread the love

Oleh: Zizi Hashim

Kehadiran mereka telah mencipta gelombang baru dan sekaligus fenomena di industri muzik Malaysia. Sejurus itu Kidd Santhe tanpa berlengah telah mencetuskan idea untuk berkolaborasi bersama Saixse menerusi single terbaru berjudul “Mantap Cuy”. Turut melibatkan penampilah istimewa YouTuber popular dari Indonesia iaitu Atta Halilintar yang kini tersenarai di antara Top 3 Asia. Kolaborasi 3 rapper yang bikin gempar ini mengangkat tema universal tentang meraikan kemenangan dalam kehidupan.

“Lagu ‘Mantap Cuy’ ini memberi inspirasi untuk berhadapan dengan sebarang halangan dalam hidup dan belajar mengambil cabaran itu secara positif.” cerita Kidd Santhe yang juga bertindak sebagai penerbit lagu. “Kami nak ajak pendengar meraikan setiap pengalaman yang memberi makna dalam perjalanan hidup tak kira besar atau kecil. Suka ataupun duka, baik ataupun buruk, kita mestilah merangkul segala peristiwa yang terjadi dengan lapang dada.”

Gabungan dwi-bahasa slang 2 benua antara Malaysia dan Indonesia, “Mantap Cuy” mengungkapkan semangat dan keterujaan tentang sesuatu perkara, sama seperti menyebut “Cool Dude”, “Awesome Bro” ataupun “Gempak Dowh” dalam ertikata lain menggambarkan kegembiraan dan antusias mengenai sesuatu hal. Kidd Santhe dan Saixse bukan sahaja menggubah “Mantap Cuy” bersama, malahan mereka turut menghasilkan lirik kombinasi bersama Atta Halilintar. Usahasama antara syarikat Kidd Santhe iaitu Kidd Next Door Productions dan syarikat Saixse,  Bando Rahsia Legacy telah menjayakan projek istimewa ini.

“Saya memang teruja untuk projek ini lebih-lebih lagi apabila melibatkan ‘anak lelaki ShahRukh Khan’ kan? Di Indonesia ramai yang minat ShahRukh Khan, jadi apa salahnya saya bekerjasama dengan anaknya.” ujar Atta Halilintar merujuk kepada gelaran Kidd Santhe yang terkandung dalam lirik lagu “Haa Tepok” nyanyian Meerfly featuring MK K-Clique dan Kidd Santhe sendiri, dimana lagu tersebut viral meletup sekitar tahun 2019. “Apatah lagi lagu “Malam Pagi” nyanyian Saixse juga viral dan sempat trending di Indonesia, jadi  apabila Kidd mencadangkan kolaborasi ini saya tidak teragak-agak langsung.” sambungnya lagi.

Atta Halilintar menyatakan keterujaan diatas peluang untuk menyertai dan menyumbang kepada dunia hiburan Malaysia di samping dua nama besar yang terbaik dalam industri. Video Muzik “Mantap Cuy” menampilkan sebuah pesta visual yang memanjakan ‘mata’ para penonton. Penggambaran video muzik telah dilaksanakan di Indonesia oleh pihak Simbion manakala Take Five Studio telah menjalankan pernggambaran akhir di Malaysia.

“Satu pengalaman yang luarbiasa bagi saya ketika penggambaran muzik video di Indonesia. Sangat mengujakan kerana kreativiti, kecekapan dan sokongan mereka yang tidak terduga dan sangat mengkagumkan.” tutur Saixse bercerita tentang situasi pertama kali menjalani penggambaran muzik video di luar negara. “Meski garis waktunya sangat singkat, namun sangat menyenangkan dan menakjubkan bagi saya.”

Berada di bawah edaran Sony Music Malaysia, “Mantap Cuy’ boleh didengari di semua platform strim digital utama bermula 26 April 2024. Video muzik rasmi telah dilancarkan pada 30 April 2024 secara eksklusif di halaman YouTube Kidd Santhe. Lagu bergenre Hip Hop yang sememangnya mantap dan bikin kita goyang kepala dan turut berdansa mengikut irama.


Spread the love
Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.

You cannot copy content of this page