September 17, 2024

MMS | Malaysia Music Scene

Bukan Sekadar Muzik

Kolaborasi Daqmie dan PERKIM Datuk Keramat Hasilkan Single Raya ‘Yang Mulia’

2 min read
Spread the love

Oleh : RafidahWhite ASamah

Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) Cawangan Datuk Keramat dengan kerjasama penyanyi dan komposer Daqmie lancar single raya dan muzik video bertajuk Yang Mulia.

Pengerusinya, Ustaz Mohamad Suhaimi Abdul Aziz yang juga merupakan penulis lirik berkata lagu tersebut mengisahkan hubungan masyarakat dengan golongan mualaf di negara ini.

“Lagu tersebut akan dinyanyikan oleh Daqmie dan juga Kumpulan Mestika yang mengisahkan hubungan antara masyarakat dengan golongan mualaf.

“la sebagai salah satu usaha dakwah kami agar masyarakat turut sama terlibat dengan usaha yang kami gerakkan ini sekaligus membantu mereka yang memerlukan,” katanya ketika sidang akhbar yang diadakan di sini. Menurutnya idea penghasilan single ini tercetus hasil perbincangan dengan Daqmie yang juga merupakan komposer bagi lagu tersebut.

“Selaku Duta Mualaf Perkim Datuk Keramat, Daqmie pernah melontarkan idea agar usaha dakwah Perkim tidak terlaku terikat dengan kaedah lama namun harus dipelbagaikan agar sesuai dengan zaman.

“Bermula dari situ maka terlahirlah lagu ini yang turut diterapkan dengan melodi kontemporari bagi menarik minat masyarakat khususnya generasi muda.

“Kami mengharapkan dengan kepakaran dan populariti Daqmie dan kumpulan Mestica dapat menarik minat lebih ramai anak muda dengan kerja dakwah yang aktif di platform digital dan media sosial,” ujarnya pula.

Terdahulu Perkim Datuk Keramat meraikan golongan mualaf dengan mengadakan Majlis Iftar Ramadan sekaligus Pelancaran Duta Rasmi Perkim cawangan Datuk Keramat.

Sementara itu Daqmie ketika mengulas berkata cabaran utama ketika penghasilan lagu ini ialah ialah kekangan masa sambil berharap single raya ini dapat diterima masyarakat.

“Antara cabaran ketika menghasilkan lagu ini ialah masa yang diberi agak suntuk. Ketika Ustaz (Suhaimi) maklumkan Perkim mahu terbit lagu raya pada mulanya saya agak terkejut.

“Namun setelah berbincang dengan rakan-rakan kami akhirnya bersetuju menerima cabaran ini, alhamdulillah kerjasama yang diberikan semua pihak akhirnya single ini berjaya direalisasikan.

“Semoga lagu ini dapat diterima semua pihak sekaligus memeriahkan sambutan Aidilfitri pada tahun ini,” katanya pula.

Untuk rekod Perkim merupakan organisasi yang aktif dengan kerja-kerja dakwah dan kebajikan untuk menyebarluaskan syiar Islam kepada golongan Islam dan belum Islam di negara ini.

Lagu dan video muzik lengkap Yang Mulia yang bertemakan hubungan antara masyarakat dengan golongan Mualaf kini boleh dinikmati pendengar di semua saluran media termasuk platform digital seperti di Daqmie Channel.


Spread the love
Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.

You cannot copy content of this page