KL Tower 30 Tahun: Dari Ikon Telekomunikasi ke Destinasi Pengalaman Bertaraf Dunia
Tiga dekad bukanlah angka kecil untuk sebuah struktur. Namun, Kuala Lumpur Tower (KL Tower) membuktikan bahawa menjadi ikon tidak cukup malah ia perlu relevan, hidup, dan memberi pengalaman yang tak terlupakan. Menjelang Ulang Tahun Ke-30 menara ikonik ini pada 2026, KL Tower bukan sekadar menara di skyline ibu kota, tetapi destinasi pelancongan, budaya, dan gaya hidup yang lengkap.
Berdiri megah pada 421 meter, KL Tower bukan sahaja menara telekomunikasi tertinggi di Asia Tenggara, tetapi juga menjadi simbol kemajuan Malaysia. Setiap tahun, hampir satu juta pengunjung menjejakkan kaki ke menara ini untuk menyaksikan panorama Kuala Lumpur, menikmati hidangan mewah, atau menyertai acara antarabangsa.
“KL Tower bukan sekadar ikon nasional, tetapi aset strategik dalam landskap pelancongan Malaysia. Memasuki tahun ke-30, fokus kami jelas: mencipta pengalaman unik, kerjasama kukuh, dan program yang meninggalkan kesan,” kata Encik Khairil Faizal bin Hj. Othman, Ketua Pegawai Eksekutif LSH Service Master Sdn. Bhd.

Di bawah pentadbiran LSHSM, KL Tower kini menumpukan pada tiga teras strategic iaitu Pengalaman Pengunjung Imersif – Menawarkan Sky Terrace, Glass Box Observation Deck, dan pencahayaan malam yang memukau. Setiap sudut menara direka untuk memberi pengalaman yang instagrammable dan mengesankan pengunjung dari semua peringkat usia, Hospitaliti & Sajian Premium – ORBIT Revolving Dining menjadi tarikan utama, membolehkan pengunjung menikmati hidangan sambil menyaksikan panorama kota yang berubah dari siang ke malam dan Acara & Venue Bertaraf Dunia – Ruang serbaguna seperti HEMISFERA Luxury Sky Hall, Sky Mega Hall, dan Tower Terrace menempatkan pelbagai majlis korporat, komuniti, dan antarabangsa.
“Kami mahu KL Tower menjadi destinasi di mana budaya, gaya hidup, dan inovasi bertemu, bukan sekadar tempat untuk ‘footfall’. Ia tentang pengalaman yang meninggalkan memori,” tambahnya ketika Media Night yang telah berlangsung pada 29 Januari lalu.
Seiring dengan Visit Malaysia 2026, KL Tower merancang kalender sepanjang tahun penuh aktiviti, termasuk Pertunjukan budaya dan perayaan yang selari dengan hari kebangsaan dan perayaan utama Malaysia antaranya adalah Aktiviti komuniti dan gaya hidup, termasuk bengkel seni, program keluarga, dan festival mini. Sukan pelancongan antarabangsa, seperti KL Tower Run International Challenge dan International Base Jump, menarik atlet dan pengunjung global. Acara ulang tahun ke-30 pada Oktober 2026 yang dijangka menampilkan cahaya malam spektakuler, persembahan istimewa dan program interaktif untuk semua peringkat umur.
KL Tower juga memperkukuh reputasinya dengan pengiktirafan tempatan dan antarabangsa iaitu TRIP.BEST 2025 Global 100 Nightlife Award oleh Trip.com Group, Malaysia Book of Records bagi Highest Altitude Lantern Walkabout dan Anugerah Khas Datuk Bandar Kuala Lumpur 2025 untuk pencahayaan bangunan ikonik
Bagi pengunjung yang ingin merasai pengalaman premium, jangan lepaskan peluang untuk berada di ORBIT Revolving Dining – hidangan sambil panorama kota 360°, Sky Terrace & Glass Box Deck yang menawarkan foto Instagram yang memukau dari ketinggian serta Illumination Night Experience – menara bersinar dalam pelbagai warna pada waktu malam

Menurut Encik Khairil, setiap program, kolaborasi, dan pelaburan menara berpandukan komitmen terhadap kelestarian, kebanggaan nasional, dan aspirasi pelancongan global Malaysia.
“Kami bukan hanya menguruskan struktur ikonik, tetapi memastikan ia relevan untuk generasi akan datang. KL Tower adalah tentang pengalaman yang menyatukan budaya, hiburan, dan inovasi,” jelas beliau.
Dengan pakej ulang tahun, promosi terintegrasi, dan kolaborasi strategik sepanjang 2026, KL Tower menegaskan kedudukannya sebagai simbol kebanggaan Malaysia dan pemacu utama ekonomi pelancongan, budaya dan pengalaman. Bagi mereka yang merancang lawatan, 2026 adalah tahun yang sempurna untuk menyaksikan KL Tower dalam transformasi penuhnya, dari menara yang megah kepada destinasi yang menghidupkan pengalaman setiap pengunjung.
