October 18, 2024

MMS | Malaysia Music Scene

Bukan Sekadar Muzik

Kim Sung Kyu dari INFINITE Bakal Berkunjung ke Malaysia untuk Konsert [LV3: Let’s Vacay] Asia Tour

Spread the love

Kim Sung Kyu, ketua kumpulan K-pop terkenal INFINITE, mengumumkan berita yang dinantikan oleh peminat setia, INSPIRIT. Beliau akan mengadakan konsert solo Jelajah Asia selama dua malam berturut-turut di Kuala Lumpur, yang menjadi perhentian pertamanya!

Dianjurkan oleh D-SHOW dengan Offbeat dan 43 sebagai promoter, Konsert Kim Sung Kyu 2024 [LV3: Let’s Vacay] Asia Tour di Kuala Lumpur dijadualkan berlangsung pada Sabtu, 10 Ogos jam 8 malam, dan Ahad, 11 Ogos jam 4 petang di Zepp Kuala Lumpur.

INSPIRIT di Malaysia diberi penghormatan untuk menjadi yang pertama menyaksikan persembahan solo beliau di sini setelah 11 tahun Sung Kyu tidak berkunjung ke negara ini. [LV3: Let’s Vacay] merupakan kesinambungan konsert solo beliau selepas [LV2: Like Your Vibes] tahun lalu dan [LV1: Light & Voice] sebelumnya. Sudah pasti [LV3: Let’s Vacay] adalah sesuatu yang tidak boleh dilepaskan oleh peminat yang merindui kehadiran beliau.

Sung Kyu, yang mula terlibat dalam bidang seni pada tahun 2010 sebagai ketua kumpulan INFINITE, mencipta nama dengan album mini pertama mereka “First Invasion”, termasuk single utama “Come Back Again” yang mengukuhkan reputasi mereka sebagai generasi K-pop baharu. Sejak itu, Sung Kyu terus melebarkan sayap dalam muzik, filem, rancangan TV, muzikal dan pengacaraan.

Selepas menamatkan perkhidmatan tentera pada tahun 2020, Sung Kyu kembali beraksi dengan konsert solo “Shine Encore” selama tiga hari di Seoul. Beliau juga sering tampil dalam pertunjukan dan muzikal serta mengeluarkan album mini ketiganya “Inside Me”. Sejak album mini solo pertamanya “Another Me” yang dikeluarkan pada tahun 2012, beliau telah mengeluarkan satu album studio dan lima album mini.

Tiket untuk konsert ini boleh didapati melalui www.etix.com mulai 17 Julai, jam 12 tengah hari. Harga tiket adalah seperti berikut: RM788 (VIP), RM728 (VIP BOX), RM688 (CAT 1) dan RM588 (CAT 2), tertakluk kepada yuran pemprosesan RM4 dan transaksi RM10.

Berikut adalah kategori tiket dan keistimewaan untuk peminat yang menonton konsert ini:

  • VIP – RM788: Foto Kad (1 Set 2 Versi), Poster Rasmi, Soundcheck, Foto Berkumpulan (setiap sesi 20 Orang. 120 peminat akan dipilih secara rawak), Poster Bertandatangan untuk 40 peminat yang dipilih secara rawak dan 8 peminat yang dipilih secara rawak bakal menerima Polaroid bertandatangan.
  • VIP BOX – RM728: Foto Kad (1 Set 2 Versi), Poster Rasmi, Soundcheck, Foto Berkumpulan untuk 20 peminat akan dipilih secara rawak, Poster Bertandatangan untuk 10 peminat yang dipilih secara rawak dan 2 peminat yang dipilih secara rawak bakal menerima Polaroid bertandatangan.
  • CAT 1 – RM688: Foto Kad (1 Set 2 Versi), Poster Rasmi, Foto Berkumpulan (setiap sesi 20 orang. 40 peminat akan dipilih secara rawak) dan Poster Bertandatangan untuk 30 peminat yang dipilih secara rawak.
  • CAT 2 – RM588: Foto Kad (1 Set 2 Versi), Poster Rasmi, Foto Berkumpulan untuk 20 peminat akan dipilih secara rawak dan Poster Bertandatangan untuk 20 peminat yang dipilih secara rawak.

Untuk maklumat lanjut dan terkini tentang Konsert Kim Sung Kyu 2024 [LV3: Let’s Vacay] Asia Tour di Kuala Lumpur, sila dapatkan maklumat di platform media sosial rasmi:

Promoter FB: 43 www.facebook.com/43ent
Promoter IG: 43 www.instagram.com/43_ent

Hashtag:

KIMSUNGKYU #金聖圭 #김성규

LV3_LetsVacay_IN_KL

LV3_LetsVacay

DoubleHTNE

DSHOW #OFFBEAT #43_ENT


Spread the love
Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.

You cannot copy content of this page