Kim Jae Joong Bawa “GALAXY 1986” ke Singapura
Peminat K-pop di Singapura bakal menyaksikan pengalaman luar biasa apabila Kim Jae Joong bakal mengadakan konsert peminat (fan-con) solo pertamanya di republik itu, 2026 J-Party Asia Tour Fan Concert “GALAXY 1986”, pada 28 Mac 2026 bertempat di Arena @ EXPO.
Bintang Korea Selatan yang memulakan kerjaya seninya pada 2003 ini terkenal bukan sahaja sebagai penyanyi dan penulis lagu berbakat, malah pelakon drama dan filem terkenal. Konsert ini menandakan 23 tahun perjalanan seni beliau, sambil mengekalkan hubungan istimewa dengan para peminat yang setia menyokong setiap langkahnya.
“GALAXY 1986” diinspirasikan daripada tahun kelahiran Kim Jae Joong sendiri, melambangkan perjalanan muziknya yang penuh warna-warni, daripada genre rock hingga pop, serta evolusi beliau sebagai seorang artis matang yang sentiasa memberi penghargaan kepada peminat.
Antara pengalaman menarik yang boleh dinikmati peminat pada malam bersejarah ini termasuk senarai lagu pilihan menampilkan hit popular serta lagu kegemaran peminat, sesi interaksi eksklusif seperti Sound Check dan Hi-Bye, termasuk poster bertandatangan, kad foto, foto polaroid dan sesi bergambar berkumpulan dan persembahan penuh emosi yang mencerminkan perjalanan seni Kim Jae Joong, daripada debut hingga kini.
Dengan gabungan muzik yang menyentuh jiwa dan persembahan pentas yang memukau, konsert ini dijangka menjadi malam magis dan sukar dilupakan bagi semua peminat di Singapura.
Untuk rekod, Kim Jae Joong dikenali dengan vokal mantap dan penyampaian emosi mendalam. Antara lagu popularnya ialah Mine, Just Another Girl, dan Love You More. Album terbaharunya, Beauty in Chaos (Korea) dan Rhapsody (Jepun), mencatat kejayaan global, manakala lakonannya dalam drama seperti Protect the Boss, Triangle, Spy dan Manhole mengukuhkan reputasinya sebagai artis serba boleh. Kini, beliau turut menerajui syarikat sendiri, iNKODE Entertainment, sambil aktif dalam muzik, lakonan dan jelajah konsert.

Peminat boleh mendapatkan tiket (SGD)VIP : $278, CAT 1: $248, CAT 2: $218, CAT 3: $188, CAT 4: $148 dan CAT 5: $128 (Tidak termasuk yuran tempahan).
Jualan Pra-Tiket: 21 Januari 2026, 12:00 tengah hari melalui DAMAI & MAISEAT
Jualan Umum: 22 Januari 2026, 10:00 pagi melalui semua saluran SISTIC
Untuk maklumat lanjut, ikuti Sliding Doors Entertainment di Instagram.
