September 17, 2024

MMS | Malaysia Music Scene

Bukan Sekadar Muzik

Kilatus, Bakal Muncul Sebagai Kumpulan Black Metal Malaysia Pertama Membuat Persembahan Di Eropah

2 min read
Spread the love

Kilatus, sebuah kumpulan black metal yang berasal dari Sandakan, Sabah, bakal mencipta sejarah sebagai kumpulan black metal pertama Malaysia yang membuat persembahan di Eropah.

Perjalanan mereka ke benua itu bakal berlaku selepas penganjur acara pesta In Flammen Open Air mendedahkan bahawa Kilatus adalah antara barisan kumpulan-kumplan metal yang akan beraksi pada pesta eidisi tahun ini. Pesta itu pada tahun ini juga adalah merupakan sebuah acara konsert tiga hari yang akan berlangsung dari 11 hingga 13 Julai di Torgau/Entenfang di Jerman dan ianya juga menjanjikan sebuah pengalaman yang tidak dapat dilupakan untuk sesiapa sahaja yang menghadirinya.

Fliers In Flammen Open Air 2024 yang telah dimuat naik oleh para penganjur yang memaparkan kehahiran Kilatus pada pesta tersebut tahun ini.

Ditubuhkan pada 1997, Kilatus memegang tempat penting dalam sejarah black metal Malaysia kerana mereka adalah antara kumpulan black metal terawal yang ditubuhkan di Malaysia. Sandakan yang merupakan sebuah bandaraya di Sabah dan kampung halaman asal mereka juga dihormati dalam komuniti metal kerana memupuk banyak band black metal Malaysia. Kilatus menyifatkan muzik mereka sebagai ‘extreme black metal,’ dan menurut catatan yang ditemui, kumpulan tersebut menarik pengaruh daripada kumpulan seperti Dark Funeral dan Immortal.

Diskografi mereka mengandungi rilisan seperti demo mereka yang terkenal, ‘Silence in the Night Winds’ (1998) dan yang terbaharu sekali, sebuah album yang bertajuk ‘The Return and Darkness It Shall Be’ yang dikeluarkan pada tahun 2021. Maka dengan itu dan melalui rilisan-rilisan mereka, Kilatus telah membuktikan bahawa mereka mampu kekal dalam pesada muzik metal bawah tanah di Malaysia dengan lama.

Gambar Azel yang kelihatan sedang beraksi bersama Kilatus pada sekitar tahun 2000. Beliau merupakan penggerak utama kumpulan Kilatus.

Sementara itu, pesta In Flammen Open Air, yang ditubuhkan pada tahun 2004 juga diraikan kerana suasana yang meriah dan memaparkan persembahan-persembahan yang mempersonakan ramai peminat muzik metal. Setiap tahun semenjak penubuhan pesta tersebut, peminat muzik metal dari seluruh dunia boleh kelihatan berduyun-duyun ke Torgau untuk menghadiri pesta tersebut yang mempersembahkan pelbagai subgenre muzik metal – daripada thrash metal hingga death metal dan black metal.

Selain daripada mempamerkan bakat muzik metal yang cemerlang, penganjur pesta tersebut juga dikatakan mengutamakan mewujudkan persekitaran yang mesra dan inklusif untuk para hadirin. Mereka mengharapkan peminat muzik irama metal dari semua lapisan masyarakat berkumpul di Inflammen Open Air untuk berseronok dengan muzik, menjalin hubungan baharu dan mencipta kenangan yang berkekalan.

Pengumuman penganjur In Flammen Open Air 2024 dalam bahasa Jerman yang mengatakan bahawa Kilatus disahkan akan membuat persembahan pada pesta tersebut.

Ekoran daripada pengumuman barisan kumpulan-kumpulan yang akan beraksi pada pesta tersebut untuk edisi tahun ini, Kilatus juga telah mengesahkan penyertaan mereka pada pesta tesebut tahun ini melalui halaman Facebook rasmi mereka. Perkara tersebut telah menguatkan keterujaan sekitar penampilan sulung mereka di Eropah yang akan datang.

Maka dengan itu, ketika Kilatus bersiap sedia untuk naik ke pentas bersama-sama kumpulan-kumpulan metal lain yang dihormati, kumpulan itu juga kini bersedia untuk meninggalkan kesan yang tidak dapat dinafikan di benua Eropah, mewakili Malaysia dengan muzik black metal jenama mereka yang tersendiri.


Spread the love
Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.

You cannot copy content of this page