September 17, 2024

MMS | Malaysia Music Scene

Bukan Sekadar Muzik

‘Kibar’ Transformasi One Juicy Dari Lantai Tarian Ke Nyanyian

2 min read
Spread the love

One Juicy, seorang bintang yang sedang meningkat naik dalam industri muzik tanah air, telah melancarkan single terbaharunya yang berjudul ‘Kibar’ dalam sebuah majlis eksklusif yang diadakan di Code 19 @ JioSpace, Petaling Jaya, Selangor pada 22 Ogos lalu.

One Juicy telah mendendangkan 3 buah lagu termasuk lagu ‘Kibar. Lebih istimewa lagi, mentor kepada One Juicy, penyanyi lagenda, Datuk Zainalabidin telah membuat kejutan dengan menghadiri majlis bersejarah ini.

‘Kibar’, yang merupakan sebuah lagu dengan tema kebangkitan dan kecekalan, telah mendapat perhatian ramai sebelum ini, dan kini telah dilancarkan secara rasmi bersama video muziknya yang telah membuat penggambaran di sekitar kawasan ikonik di Kuala Lumpur.

Lagu ini adalah hasil usaha kolaboratif, yang dicipta dan ditulis oleh John Jeeves, Shazriq Azeman, Omar K, dan One Juicy sendiri, di bawah produksi Super Red Records.

“Saya amat teruja dengan pelancaran ‘Kibar’ ini. Lagu ini adalah cerminan perjalanan hidup saya, daripada seorang penari b-boy kepada seorang penyanyi. Ia melambangkan kecekalan dan semangat untuk terus maju walau apapun cabaran yang datang. Saya berharap ‘Kibar’ akan menjadi inspirasi kepada semua yang mendengarnya,” ujar One Juicy ketika di temui media.

Richard Chua, Pengasas Bersama Super Red Records, turut berkongsi perasaan bangganya terhadap perkembangan One Juicy.

“One Juicy adalah seorang artis yang penuh dedikasi dan mempunyai semangat yang luar biasa. ‘Kibar’ adalah hasil kerja kerasnya dan ia menandakan permulaan yang hebat untuk karier muziknya. Kami di Super Red Records sangat berbangga dapat bekerjasama dengan beliau dan yakin lagu ini akan mendapat sambutan hangat.”katanya.

Pelancaran single ‘Kibar’ dan video muziknya telah menambahkan lagi rasa keterujaan dan memberi harapan yang besar kepada perjalanan seni One Juicy. Dengan sentuhan kreativiti dan semangat yang dibawa dalam ‘Kibar’, One Juicy bersedia untuk meneroka lebih banyak peluang dan mengukuhkan kedudukannya dalam industri muzik Malaysia.

“Kibar” kini sedia untuk distrim dan dimuat turun di semua platform muzik digital utama, termasuk Spotify, Apple Music, dan YouTube Music, di pautan https://bfan.link/kibar dan video muzik “Kibar” boleh ditonton di pautan https://youtb


Spread the love
Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.

You cannot copy content of this page