October 18, 2024

MMS | Malaysia Music Scene

Bukan Sekadar Muzik

‘Teristimewa’ Daripada Raisa Bakal Bergema di KL 3 November Ini

Spread the love

Kharisma Music, syarikat penganjur konsert terkenal, dengan bangganya mengumumkan konsert yang paling dinanti-nantikan, ‘Raisa – Teristimewa Di Kuala Lumpur’, yang akan berlangsung pada 3 November 2024 di Megastar Arena, Kuala Lumpur, bermula jam 8:00 malam.

Ketua Pengarah Eksekutif dan Pengasas Kharisma Music, Ahmad Jeffny, menyatakan, “Kami sangat teruja dengan kehadiran Raisa di Kuala Lumpur. Konsert ini bukan sekadar persembahan muzik yang hebat, tetapi juga peluang untuk merasai keindahan muzik Raisa secara langsung.”

Raisa, yang dikenali menerusi single pertamanya ‘Serba Salah’ dari album sulungnya pada 2011, telah meraih pelbagai anugerah, termasuk ‘Artis Baru Terbaik’ di Anugerah Musik Indonesia ke-15. Dengan vokal yang mengagumkan, Raisa terus memikat hati jutaan peminat di seluruh rantau Asia.

Konsert kali ini adalah sebahagian daripada jelajah muzik Raisa, di mana beliau akan mempersembahkan lagu-lagu hit seperti ‘Kali Kedua’, ‘Jatuh Hati’, dan ‘Mantan Terindah’. Penonton akan disajikan dengan pengalaman yang tidak dapat dilupakan, termasuk lebih dari 20 buah lagu dan kerjasama dengan pemuzik profesional yang diterbangkan khas dari Indonesia.

Konsert ini dijadualkan berlangsung lebih dari 2 jam, lengkap dengan reka bentuk pentas yang menarik serta kesan audio visual yang ‘teristimewa’. Pembeli tiket VVIP dan VIP juga akan berpeluang untuk berinteraksi dengan Raisa dalam sesi ‘meet & greet’.

“Ini adalah peluang luar biasa bagi semua peminat Raisa untuk menyaksikan persembahan ‘teristimewa’ yang pasti akan mencipta memori indah yang tidak terlupakan. Dapatkan tiket konsert dengan segera sebelum kehabisan, dan nantikan hiburan seterusnya dari Kharisma Music,” tambah Ahmad Jeffny.

Kharisma Music juga ingin mengucapkan terima kasih kepada syarikat penerbangan Garuda Indonesia yang menaja penerbangan, serta rakan penaja lain seperti Alha Alfa, Intan Gelombang, dan Futurace, bersama rakan radio rasmi, ERA, dan rakan media rasmi, Gempak.com.

Untuk makluman, tiket untuk konsert ‘Raisa – Teristimewa Di Kuala Lumpur’ telah mula dijual pada 9 September 2024 di laman web ticket2u.com.my/raisa, dan stok tiket semakin terhad.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.

You cannot copy content of this page