March 11, 2026

MMS | Malaysia Music Scene

Bukan Sekadar Muzik

Kelly Azman, Ani Maiyuni Meriahkan Iftar “Selera Bonda” di St. Giles Boulevard KL

Spread the love

Suasana berbuka puasa di ibu kota dijangka lebih meriah apabila hotel terkenal, St. Giles Boulevard Kuala Lumpur memperkenalkan pengalaman iftar istimewa menerusi Buffet Dinner “Selera Bonda”, yang menggabungkan hidangan tradisional tempatan dengan hiburan pentas secara langsung.

Lebih menarik, pengalaman berbuka puasa ini turut diserikan dengan persembahan istimewa daripada penghibur serba boleh Kelly Azman dan penyanyi dangdut popular Ani Maiyuni, diiringi muzik secara langsung oleh kumpulan Aman and The Typewriter.

Program istimewa sempena Ramadan itu yang telah berlangsung dari 3 Ramadan 1447H bersamaan 21 Februari 2026 hingga 28 Ramadan 1447H (18 Mac 2026).

Mengangkat konsep “Selera Bonda”, sajian yang disediakan diinspirasikan daripada hidangan masakan rumah yang sinonim dengan sentuhan kasih sayang seorang ibu, sekali gus membangkitkan nostalgia kepada tetamu yang hadir.

Tarikan utama buffet ini ialah konsep “5 Kawah” yang menampilkan pelbagai hidangan tradisional Malaysia dengan menu yang berubah setiap hari.

Antara hidangan yang bakal menjadi pilihan tetamu termasuk Sup Tulang, Sup Kepala Ikan Sayur Asin serta Sup Kambing Mamak, selain sajian berempah seperti Gulai Lemak Siput Sedut Pucuk Ubi, Asam Pedas Ikan Tenggiri Belimbing Buluh dan Gulai Tempoyak Daging Tetel.

Menurut Pengurus Hotel St. Giles Boulevard Kuala Lumpur, Zuliani Hamid, konsep Selera Bonda diilhamkan bagi membawa kembali kenangan menikmati masakan rumah dalam suasana yang selesa dan mesra keluarga.

“Ramadan adalah masa untuk berkumpul bersama keluarga dan rakan. Melalui Selera Bonda, kami ingin menghadirkan suasana berbuka puasa yang penuh kehangatan, seolah-olah menikmati hidangan yang dimasak oleh ibu di rumah,” katanya.

Buffet Ramadan ini ditawarkan pada harga RM108 bagi dewasa dan RM65 bagi kanak-kanak, selain itu, pihak hotel turut memperkenalkan Pakej Bilik “Selera Bonda” pada harga RM488 bersih, sesuai untuk mereka yang ingin menikmati pengalaman Ramadan yang lebih santai.

Pakej berkenaan merangkumi penginapan dua hari satu malam di Urban Room, selain sahur dan berbuka puasa untuk dua orang, sekali gus memberi peluang kepada tetamu menikmati suasana Ramadan tanpa perlu bergegas.

Bagi yang berminat membuat tempahan atau mendapatkan maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi pihak hotel di talian +6016-267 9880 atau 03-2109 8888 ataupun melalui emel fnb.sblv@stgiles-hotels.com.

Terletak di kawasan strategik Mid Valley City, tawaran “Selera Bonda” dijangka menjadi antara destinasi pilihan warga kota yang ingin menikmati pengalaman berbuka puasa lengkap dengan sajian tradisional serta hiburan santai sepanjang Ramadan.


Spread the love
Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.

You cannot copy content of this page