KBS Melalui ESI Bakal Anjur EsportsCon @ ESI Hub, Pendaftaran Pempamer Esukan dan Peniaga Kini Dibuka
EsportsCon @ ESI Hub merupakan konvensyen esukan yang menyediakan ruang yang inklusif untuk peminat esukan (esports) dan permainan (gaming) untuk berinteraksi, berhubung, membina rangkaian, dan berkongsi minat dalam esukan dan permainan.
Ini adalah platform untuk pemegang taruh esukan daripada pelbagai spektrum untuk saling berhubung, meraikan minat dan sumbangan, serta meneroka potensi untuk bekerjasama.
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) melalui Esports Integrated (ESI) telah menganjurkan EsportsCon buat julung kalinya pada tahun 2024, dan kini edisi kedua bakal berlangsung pada 25 Januari ini bertempat di ESI Hub, Spacerubix, Puchong.
Ianya bukan sekadar konvensyen, EsportsCon @ ESI Hub malah ianya bakal menawarkan pelbagai aktiviti menarik, antaranya pameran jenama esukan dan judul permainan, sesi perbincangan bersama tokoh-tokoh esukan, sesi podcast bersama pencipta kandungan popular, serta cabutan bertuah untuk para pengunjung.
Selain itu ianya dapat membantu menghubungkan pengunjung konvensyen dengan sumber dan rangkaian yang diperlukan, KBS berharap acara ini dapat memacu program-program dan inisiatif esukan yang baharu.
Justeru itu KBS ingin mempelawa mana-mana organisasi esukan dan permainan untuk menyertai EsportsCon @ ESI Hub sebagai pempamer dan berkongsi tawaran menarik anda bersama komuni esukan yang lain.
KBS turut mengalu-alukan penyertaan daripada jenama-jenama dalam bidang-bidang berikut:
● Perkakasan dan aksesori permainan (PC, peranti permainan, konsol, dan aksesori).
● Pasukan esukan, penganjur acara dan pempengaruh.
● Pembangun permainan dan penerbit kandungan.
● Alat penstriman dan teknologi penciptaan kandungan.
● Pakaian, barangan eksklusif dan koleksi permainan.
● Produk kesihatan dan kesejahteraan pemain.
● Menjual makanan dan minuman
● Peluang penajaan dan kerjasama 1 6. Sebagai pempamer dan peniaga di EsportsCon @ ESI Hub, perniagaan anda akan berpeluang untuk:
● Berinteraksi secara langsung dengan komuniti pemain, peminat esukan, dan industri professional.
● Memperkenalkan produk dan perkhidmatan baharu dalam suasana yang dinamik dan interaktif.
● Meningkatkan kesedaran jenama melalui penajaan eksklusif, liputan media, dan promosi acara.
● Menjalin hubungan strategik dengan pembuat keputusan, pemimpin industri, dan pempengaruh.
Mereka yang berminat untuk menyertai EsportsCon @ ESI Hub diminta untuk menghantarkan permohonan anda sebelum 17 Januari 2025 (Jumaat) kepada: Pegawai : Junaidi Al-Johary, Esports Integrated E-mel : [email protected] Telefon : +6012-927 3497