September 19, 2024

MMS | Malaysia Music Scene

Bukan Sekadar Muzik

‘Kami Mensasarkan 15 Ribu Peminat’ – Penganjur Konsert Hrithik Roshan

Spread the love

Selepas lapan tahun, bintang Bollywood terkenal, Hrithik Roshan kembali ke Malaysia dengan mengadakan konsert Stars On Fire Kuala Lumpur yang bakal berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 1 Disember ini.

Penganjur Yess Boss Groups, Shahkeer Azzat Zailan berkata, kehadiran pemenang enam kali Anugerah Filmfare itu akan menyaksikan sebuah persembahan penuh memukau dan magis.

Kredit Foto: Megat

“Kami diberi kepercayaan bagi merealisasikan impian peminat untuk melihat Hrithik kembali beraksi dengan skil tarian yang hebat  Selain itu kami juga turut mensasarkan lebih 15 ribu peminat irama Bollywood akan hadir menyaksikan konsert itu nanti”, ujarnya ketika ditemui media bersempena pelancaran konsert tersebut yang di adakan di Hotel Le Meridian Kuala Lumpur pada 6 November lalu.

“Kami percaya ramai peminat di luar sana yang sudah tidak sabar untuk mengimbau nostalgia dengan lagu-lagu hindi yang menghiasi filem-filem Bollywood selain keasyikkan tarian yang pastinya bakal meninggalkan momen yang sukar untuk dilupakan “, ujarnya

Selain Hrithik, Stars On Fire Kuala Lumpur Live In Concert turut dibarisi oleh Maestro Tarian legenda  –  Prabhu Deva, Diva Tarian- Vaani Kapoor, Maliaka Arora  yang sensasi serta  Sanya Malhotra yang berkarisma.

The Singing Sensation Aastha Gill dan  Fantastic Couple Host Bharti serta Harsh akan juga akan membuatkan peminat terhibur sepanjang malam tersebut.

Untuk rekod, Hrithik kembali ke Malaysia selepas lapan tahun, hasil impian yang direalisasikan oleh Yess Boss Groups, kolaborasi bersama Heart Art Entertainment dan Dembi Productions. 

Bintang yang terkenal dengan filem Kaho Na Pyar Hai itu bakal menampilkan konsert yang sarat dengan pelbagai ‘kejutan’ dengan diiringi barisan penari hebat dan tentunya koreografi tarian mereka sangat ditunggu selain persembahan pentas yang penuh warna warni selain sistem audio yang cukup berkualiti.

Sementara itu, Hrithik menerusi satu hantaran video menyatakan rasa terujanya untuk bertemu dengan peminat setelah sekian lama tidak ‘kembali’ ke Malaysia.

“Hello Malaysia! Apa khabar? Saya begitu teruja  untuk membuat persembahan secara langsung di Kuala Lumpur selepas 8 tahun lamanya. Anda sentiasa memberi saya rasa cinta yang begitu banyak selama ini. Saya begitu berharap dapat berjumpa anda kembali. Saya sangat teruja untuk berjumpa anda semua pada  1 Disember 2023 Stars on Fire Tour. Beli tiket sekarang. Jumpa anda nanti”, ujar Roshan dalam sebuah video yang di paparkan sewaktu sidang media.

Penganjur turut memberi diskaun kepada pembeli tiket sempena promosi 11.11 dan juga perayaan Deepavali, hanya pada 11 November 2023, diskaun sebanyak 11% akan diberikan untuk semua tiket. Jadi jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan tiket Stars On Fire Kuala Lumpur Live In Concert , yang bakal menjadi konsert penutup tahun 2023 yang penuh gilang gemilang serta bukti pengaruh seni Bollywood tidak pernah lenyap.

Tiket-tiket berharga RM149 (silver), RM249 (gold), RM549 (Platinum), RM649 (Blue Saphire) dan RM3,500 (VIP) boleh dibeli dengan melayari https://yessbossticket.com/event/stars-on-fire-tour/ atau hubungi talian hotline 011-11546805.


Spread the love
Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.

You cannot copy content of this page