November 24, 2024

MMS | Malaysia Music Scene

Bukan Sekadar Muzik

“Kami Faham, Tidak Berkecil Hati” – Belantara

Spread the love

Biarpun hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi, kumpulan Belantara bakal mengadakan persembahan di Stage One, PJ Performing Arts Centre, Petaling Jaya yang akan berlangsung pada 7 Disember ini, mereka di lihat seolah-olah cuba mencari arah tuju untuk mendapatkan ruang untuk mempromosikan showcase tersebut.

Belantara yang sudah mencipta legasi dan evolusi muzik mereka sendiri wajar mendabik dada kerana ketika era muzik rock yang mengharapkan hasil karya ‘orang lain’ mereka adalah sebaliknya, menghasilkan lagu dan muzik malah proses rakaman album pertama yang diriliskan pada tahun 1987 juga di lakukan sendiri.

Inilah ‘keunikan’ Belantara yang tidak terdapat pada kumpulan-kumpulan rock yang di senyawakan ketika itu.  Itu jugalah yang akan berlaku pada showcase mereka kali ini.  Segalanya di lakukan atas usaha mereka sendiri.

“Showcase ini adalah hasil usaha sahabat, rakan-rakan merangkap peminat kami sendiri.  Tanpa sebarang penajaan daripada syarikat besar.  Bukan kami memilih, ada juga yang pernah tawarkan namun bagai ada yang tidak kena dengan jiwa kami”, ujar Mohamed Zaid Yusoff, sewaktu sidang media di Kona Mokapot Coffee Universiti Malaya pada 28 November lalu.

“Pernah juga ada di kalangan rakan-rakan yang cuba ‘menjual’ nama Belantara kepada pihak penganjur, namun jawapan yang diterima adalah  siapa Belantara, tak pernah dengar pun.  Ini adalah jawapan biasa yang kami dengar sejak dulu lagi.  Kami faham dan sedikit pun tidak terasa hati”, ujarnya

Lantaran sikap skeptikal sebahagian penganjur maka Belantara mengambil langkah proaktif dengan cara dan visi mereka sendiri.  Jadi tidak hairanlah mengapa  Showcase Belantara pada 20 & 21 Februari 2020 di Damansara Performing Arts  Centre,  telah berjaya menghimpunkan 350 peminat.

“Showcase kali ini dikenali  sebagai  Belantara  Showcase  Volume  2.0  akan yang menawarkan lebih banyak lagu kegemaran peminat dan penerbitan persembahan yang lebih baik, sambil kekal sepenuhnya anjurkan sendiri dan dibiayai oleh peminat Belantara”, ujar Shukri Salleh.

 “Apa yang membezakan Showcase ini adalah di mana Showcase ini dihidupkan. Sama seperti Showcase pertama Belantara di tahun 2020, Showcase 2.0 ini juga melibatkan peminat kami  dalam  memainkan  peranan  penting  menganjurkan  dan  membiayai  Showcase  ini. Oleh  kerana  itu,  Belantara  menyatakan  bahawa kami benar-benar menghargai peminat”, jelasnya.

Sepanjang penubuhan mereka, Belantara secara konsisten menunjukkan komitmen mereka
untuk berhubung rapat dengan peminat mereka. Showcase ini adalah lanjutan daripada visi itu,  memberikan  pengalaman  yang  tiada  tandingan  kepada  para  hadirin  untuk  merapatkan semula hubungan di kalangan peminat sambil membina semangat kemasyarakatan yang lebih kuat berdasarkan minat terhadap muzik band itu.

“Kami berharap dapat memberi inspirasi kepada band lain untuk bekerjasama dengan penyokong  dan peminat mereka, menggalakkan mereka untuk mengambil alih sendiri dan membentuk  pengalaman konsert yang mereka  inginkan”, ujar Zaid.

“Ianya adalah berdasarkan kejayaan Showcase sebelum ini,  Belantara merasakan mereka mempunyai model untuk band-band rock lain untuk digunakan dan dicontohi untuk membawa konsert impian menjadi realiti, tanpa penaja besar dan penyokong kewangan”, katanya.

Kualiti juga menjadi faktor utama mengapa PJ Performing Arts Centre, di pilih sebagai lokasi.  Selain lokasi yang strategik ianya juga terkenal dengan akustik pentas yang baik, menyediakan suasana  yang  sempurna  untuk  Showcase  yang  dinanti-nantikan  ini.  Peminat boleh mengharapkan pengalaman yang immersif, selain memupuk suasana setiakawan dan berkongsi pilihan terhadap muzik Belantara.

Sepanjang penubuhan mereka, Belantara secara konsisten menunjukkan komitmen mereka
untuk berhubung rapat dengan peminat mereka. Showcase ini adalah lanjutan daripada visi itu,  memberikan  pengalaman  yang  tiada  tandingan  kepada  para  hadirin  untuk  merapatkan semula hubungan di kalangan peminat sambil membina semangat kemasyarakatan yang lebih kuat berdasarkan minat terhadap muzik band itu.

Untuk info, Belantara terdiri daripada Mohamed Zaid Yusoff sebagai vokalis dan penulis muzik lagu, Aziz Ismail sebagai pemain gitar utama dan penulis muzik lagu, dan Shukri Salleh sebagai pemain bass dan pemuzik. Mereka merakamkan 3 album  iaitu  Belantara  – Self-Titled (1987), Srikandi Di Sisi (1988), dan Infiniti (1990) di bawah syarikat Polygram Malaysia.

Peminat boleh mendapatkan tiket yang berharga RM124 (Mutiara), RM140 (Dewi), RM160 (Jebat) dan RM234 (Srikandi).  Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Belantara dan Belantara Showcase Volume 2.0 sila layari halaman Facebook rasmi Belantara atau beli tiket terus di http://onetix.com.my/events/belantara-showcase-vol-2/250/tickets


Spread the love
Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.

You cannot copy content of this page