November 23, 2024

MMS | Malaysia Music Scene

Bukan Sekadar Muzik

‘Jujur’ Radja Dalam Hiba

Spread the love

Meskipun gembira dengan kehadiran lebih 5000 peminat yang membanjiri Megastar Arena bersempena dengan “Live In Concert Radja Featuring Ella” yang telah berlangsung pada 12 November lalu. Radja juga hiba malah menunjukkan solidaritinya dengan menghulurkan sumbangan untuk membantu rakyat Palestine.

Radja menerusi Orange International Entertainment diterajui pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutifnya Dato’ Mohd Fadzli Idrus juga menganjur utama konsert memberi sumbangan RM5000.

“Terima kasih semuanya… Anda sangat menakjubkan, Kuala Lumpur. Tetapi di sebalik keriuhan kita, jangan lupa beri doa kepada saudara kita di Palestine. Mudah-mudahan masalah dan insiden yang terjadi di sana cepat selesai,” ujar Ian Kasela yang juga vokalis kumpulan Radja.

Konsert yang brmula sekitar jam 9.00 malam itu boleh diklasifikasikan antara momen baharu yang dicipta apatah lagi berjaya menyatukan dua lagenda dari 2 buah negara di atas sebuah pentas.

Radja, yang dianggotai Ian Kasela (vokalis), Moldy Kusnadi (gitar) dan Seno Aji (dram) ‘menghadiahkan’ khalayak yang hadir dengan 16 buah lagu antaranya Bulan, Selalu Jauh Dari Cinta, Wahai Kau Cinta, Cinderella, Benci Bilang Cinta, Yakin, Patah Hati, Angin dan Ga Ada Waktu.

Kemunculan Ella atau Nor Azila Aminuddin sudah pasti mendapat sorakan gemuruh penonton. Usai menyampaikan lagu bersama Ella, Ian berkata ia kali pertama mereka bertemu walaupun Ella pernah merakamkan semula lagu kumpulan itu sebelum ini.

“Sejak Ella menyanyikan semula lagu Jujur kira-kira pada tahun 2008, kami belum berkesempatan berjumpa dan ini pertama kali kami berkongsi pentas yang sama. Saya kaget melihat kecantikan Ella”, ujar Ian

Ella kemudiannya mempersembahkan lagu Jujur dan Takkan Melupakanmu serta Sepi Sekuntum Mawar Merah buat penonton yang hadir.

“Terima kasih kepada semua penonton yang hadir dan ‘sing-along’ kepada lagu-lagu Radja, serta buat Ella kerana sudi bersama-sama kami di pentas.

“Ini adalah fasa baharu buat Radja kembali ke Malaysia dengan maklum balas yang sungguh luar biasa dari peminat. Terasa detik intimasi sepanjang konsert berlangsung,” tambah Ian

“Selain berhibur, konsert malam ini turut menerapkan peringatan terhadap solidariti kita buat kemelut peperangan yang melanda saudara seislam kita di Palestine, dan tetaplah melaungkan ‘free Palestine!’ sebagai tanda sokongan”, ujar Dato Fadzli. Terdahulu, pihak penganjur telah mengadakan konsert oleh kumpulan Ungu pada penghujung tahun lepas dengan jayanya dan menerima sambutan yang memberangsangkan.


Spread the love
Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.

You cannot copy content of this page