September 8, 2024

MMS | Malaysia Music Scene

Bukan Sekadar Muzik

JOHNY 23 ‘KECEWA’ SINGLE PREMIERE DI DISSECTING THE EUPHONY

2 min read
Spread the love

‘Ini anthem mereka yang tersepit akibat mereka yang mengambil kesempatan!’ Band Punk Rock Kuala Lumpur, Johny 23 tidak berbasa-basi dalam menterjemah emosi mereka melalui single terkini Kecewa. Ini merupakan single ke-3 mereka selepas Black Shattered Glass dan Ungkap.

Kecewa terinspirasi daripada pandemik COVID-19 yang melanda seluruh dunia dan Malaysia pada awal 2020. Bencana yang langsung tidak diduga ini akhirnya membongkarkan kelemahan dan keburukan sisi manusia terutamanya mereka yang berkuasa dalam system menzalimi mereka yang tersepit.

Azam, gitaris/vokalis menjelaskan selaku survivor pandemik ini, lagu Kecewa menceritakan dari sudut pandangan individu yang emosinya berbaur panik, kecewa dan putus harapan. Sudahlah dihambat virus COVID-19 yang tak diketahui kesannya (sewaktu itu), mereka yang sepatutnya bertanggungjawab bukan saja tidak kompeten, malah mengambil kesempatan bermaharajalela. ‘Bunyi macam daripada skrip filem, tapi itulah yang jadi kepada kita semua masa tu. Hilang punca dan cukup traumatik, memang hilang percaya sudahnya!’ cerita Azam lagi.

Lirik berbaur kritikan dalam Kecewa diperkasakan dengan muzik Punk Rock energetic bawaan Johny 23 yang dirakam secara langsung. Ini merupakan percubaan mereka meneroka gaya raw yang membangkitkan nostalgia Punk Rock 80-an. ‘Catchy, simple, dan back to basic lah,’ selit Boy, yang juga gitaris/vokalis selaku penulis lirik dan lagu single ini.

Kecewa boleh distrim di sini:

https://dissectingtheeuphony.com/premiere-johny-23-kecewa/

Tentang Johny 23

Sejarah unit Punk Rock Kuala Lumpur ini bermula sebagai rakan-rakan seuniversiti di Pantai Timur hampir 20 tahun lalu. Johny 23 kemudian mula membuka perhatian para pengikut muzik tempatan apa bila muncul di tempat kedua dalam ROTTW Greenday Battle of the Band sebelum berehat untuk tempoh lama. 2017 menyaksikan Johny 23 kembali aktif dengan penambahan beberapa ahli baru, muncul semula di sirkit persembahan pentas tempatan dan mengorak langkah menulis material asli sendiri yang dirojakkan antara Punk Rock dengan pengaruh Malaysiana. Kecewa merupakan single ke-3 mereka yang bakal dikeluarkan.

FFO: Greenday, Against Me!, MXPX, Pennywise, Sum 41, Billy Talent, Foo Fighters.

Genre: Punk Rock

Tajuk Single: Kecewa

Komposer: Boy Johny

Lirik: Boy Johny

Jurutera Bunyi/Juruadun: Jerry Lim

Studio Rakaman: Angguk Studios

Penerbit: Jerry Lim/Johny 23

Ahli-ahli

Vokal/Gitar: Azam

Vokal/Gitar: Boh Johny

Dram: Nasohawk

Bass: Jeff Johny

Pautan

Instagram: https://www.instagram.com/johny23official/

Facebook: https://www.facebook.com/Johny2puluh3

Youtube: https://www.youtube.com/@johny23official

Twitter: https://twitter.com/Johny23Band

Email: [email protected]


Spread the love
Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.

You cannot copy content of this page