October 18, 2024

MMS | Malaysia Music Scene

Bukan Sekadar Muzik

Jelajah Suria Kuasa 2 Yaya Empire Di Nilai Catat Sejarah

Spread the love

Lebih 10 Ribu Pengunjung Hadir, Jualan Cecah 6 Angka, Peminat Masdo Luar Biasa

Jelajah Suria Kuasa 2 Yaya Empire di Nilai berjaya menarik kehadiran lebih 10,000 pengunjung sepanjang dua hari berlangsung pada Sabtu dan Ahad lalu. Jumlah berkenaan mencatat sejarah tersendiri bagi pasar raya AEON yang memaklumkan ia kehadiran pengunjung tertinggi dalam semua acara yang pernah dianjurkan.

Pengurus Besar Suria FM, Roslinda Abd Majid berkata perkara itu dimaklumkan oleh pihak pengurusan pasar raya berkenaan sepanjang dua hari jelajah berlangsung.

“Alhamdulillah dan terima kasih kepada semua pendengar yang menyokong kami di Suria FM dan hadir sepanjang dua hari jelajah berlangsung. Juga terima kasih kepada semua barisan artis yang memberikan persembahan terbaik selain sokongan dalam acara yang diadakan termasuk pertandingan KiraOke Suria,” katanya.

Kumpulan Masdo menjadi tumpuan utama pada konsert yang berlangsung dan ternyata berjaya mencuri hati penonton yang turut sama menyanyi dan menari bersama mereka daripada semua lapisan umur termasuk kanak-kanak.

Selain Masdo, Aisha Retno, Ezad Lazim, Ruffedge, Baby Shima dan Danial Kifli turut menghangatkan persembahan menghiburkan penonton bersama barisan penyampai Suria FM.

Mengulas mengenai penyertaan penyanyi dikir dalam siri jelajah kali ini DJ Lin memberitahu pihaknya mendapat maklum balas sangat baik daripada pendengar.

“Selain menampilkan artis popular kali ini kami bawakan kelainan dengan kehadiran persembahan penyanyi dikir ini dalam mewarnakan lagi konsert jelajah kami. Kesinambungannya akan dijalankan di jelajah Kota Bharu pada 11 dan 12 Oktober ini dengan Pertandingan Nyanyian Lagu Dialek Kelantan menampilkan 10 peserta. Kesemua mereka berpeluang merebut hadiah wang tunai tajaan Yaya Empire di mana empat akan bersaing di peringkat final,” katanya.

Bagi kesemua penyanyi dikir berkenaan itu Adik Waniey, Fadil Turbo dan Adam ZBP mengakui sudah mula mendapat perhatian peminat baharu yang mengenali mereka selepas terbabit dalam siri Jelajah Suria Kuasa 2 Yaya Empire .


Spread the love
Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.

You cannot copy content of this page