September 17, 2024

MMS | Malaysia Music Scene

Bukan Sekadar Muzik

“Janji Gegarkan Pentas, 30 Hits Timeless Sarat Nostalgia” – Ungu

2 min read
Spread the love

Teks Oleh: Sakka E

Ledakkan nama Ungu di persada muzik tanahair suatu ketika dahulu memberikan impak yang jelas ketara. Ianya terbukti apabila setiap konsert Ungu yang dianjurkan sukses dengan penjualan tiket yang majoritinya habis terjual.

Bagi terus menerus melestari dan menyuburkan nostalgia dalam setiap lagu di sanubari peminat mereka, Ungu bakal mengadakan sebuah konsert yang tentunya teristimewa buat peminatnya di seluruh Malaysia.

Mayapada Ungu Live in Kuala Lumpur – 30 Hits Timeless, itulah judul indah konsert yang bakal berlangsung pada 25 Februari 2024 bertempat di Mega Star Arena, Kuala Lumpur.

Cinta Dalam Hati, Kekasih Gelapku, Demi Waktu, Tercipta Untukmu dan Andai Ku Tahu adalah antara puluhan lagu hits mereka yang bakal didendangkan buat para peminat yang sentiasa menyimpan rasa kecintaan yang menjadi tiang seri yang teguh buat kumpulan Ungu untuk terus bertakhta segar sehingga ke hari ini.

AKE Group selaku penaja di samping Icon Entertainment selaku penganjur berasa bangga dan yakin dengan sifat malar segar dan nostalgia pada setiap lagu – lagu mereka, disokong pula oleh para peminat yang sentiasa merindui dan menginginkan mereka kembali ke Kuala Lumpur, konsert yang bakal dilangsungkan ini akan menyaksikan kehadiran penuh peminat – peminat mereka dari serata Malysia.

Antara keistimewaan pada konsert kali ini ialah kugiran yang dianggotai oleh Pasha(vokalis), Enda(gitar), Oncy(gitar), Makki(Bass), Rowman(dram) akan menyampaikan 30 buah lagu yang ada diantaranya akan diberi nafas baru dengan susunan segar khas buat peminat di Malaysia, mereka juga dalam perancangan untuk memilih lagu – lagu hits tempatan yang sesuai untuk disampaikan pada malam konsert itu nanti.

Menurut Pasha, selaku penyanyi kumpulan Ungu, beliau sangat terharu dengan sambutan yang diberikan oleh para peminat di Malaysia dari awal mereka bertapak di sini hingga sekarang masih lagi hangat dan teguh. Ditemui pada sidang media yang diadakan di Hotel Mandarin Oriental, Kuala Lumpur beliau menyatakan “Ungu tidak akan kekal hingga sekarang jika tidak kerana sokongan dari peminatnya di Malaysia”.

Penjualan tiket secara online telah dibuka mulai jam 11:00 pagi  Jumaat, 1 Disember 2023 dan bagi yang berminat untuk mendapatkan tiket bolehlah melayari laman web www.ticket2u.com.my. Harga – harga tiket terdapat dalam 3 kategori iaitu: RM138(Demi Waktu, Seating 2), RM218(Kekasih Gelapku, Seating 1) dan RM338(Tercipta Untukmu, Standing). Para pembeli tiket melalui MAYBANK akan menerima 10% diskaun bagi pembelian menggunakan Debit Card manakala 12% untuk pembelian menggunakan Credit Card. Dapatkan tiket anda segera dan jangan lepaskan peluang ini.


Spread the love
Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.

You cannot copy content of this page