Jakel Sasar Peningkatan Jualan Sebanyak 20 Hingga 30 Peratus Menerusi Kempen Raya Mendonia Bersama Jakel 2025
Kredit Foto: Fendi Ghafar/Subky Kelkatu TV/Jakel
Gedung Texstil terkemuka, Jakel mensasarkan peningkatan jualan sebanyak 20 hingga 30 peratus bersempena hari raya aidilfitri 2025 berbanding tahun 2024. Justeru itu Jakel telah meningkatkan bilangan baju sebanyak sejuta pasang bagi ibu, bapa dan selain 1.5 juta pasang untuk pakaian sedondon.
Pengarah Urusan Kumpulan, Datuk Seri Mohamed Faroz Mohamed Jakel berkata sedemikian sewaktu sidang media sempena pelancaran Kempen Mendonia Bersama Jakel 2025 yang telah di adakan di Jakel Mall Kuala Lumpur pada 18 Januari lalu.
“Untuk mencapai target tersebut, kami berbelanja besar dan kosnya mencecah RM10 juta untuk promosi termasuk mendapatkan barisan artis popular dan pempengaruh yang akan mempromosikan kepelbagaian pakaian”, ujar beliau.
“Justeru itu kami melantik 10 duta bagi mempromosikan kepelbagian pakaian sempena sambutan Aidilfitri tahun ini. Antara duta dipilih memperagakan produk raya Jakel 2025 ialah Fattah Amin, Amira Othman, Nabil Ahmad seisi keluarga, Cik Epal, Elly Mazlein, Anzalna seisi keluarga, Senariounion, tiktoker Sallywho seisi keluarga termasuk Upin & Ipin”, katanya.
Lebih menarik, menerusi pengumuman barisan duta-duta berkenaan, Jakel bakal menawarkan rekaan pakaian terbaharu berteraskan material berkualiti menerusi label masing-masing.
“Kempen kali ini di adakan lebih awal untuk memberi peluang kepada pelanggan memilih pakaian bercorak dan rekaan terkini meliputi pelbagai peringkat usia pada harga lebih rendah berbanding tahun sebelumnya”, tambahnya.
Datuk Seri Mohamed Faroz Mohamed Jakel, berkata pihaknya tetap menawarkan pada harga terendah walaupun berhadapan dengan kenaikan harga bahan daripada pihak pembekal.
“Jakel tetap dengan prinsip untuk menghargai pelanggan dengan memberikan harga terendah supaya setiap orang mampu membeli dan bergembira dengan pakaian baru pada Aidilfitri nanti.”
Kesemua koleksi pakaian siap untuk lelaki, wanita dan kanak-kanak yang disediakan oleh Jakel tahun ini adalah berteraskan trend terkini, hasil sentuhan pereka dalaman Jakel. Pihaknya yakin ia mampu memenuhi citarasa pelanggan masa kini.
“Untuk makluman, tahun ini, koleksi pakaian ditawarkan lebih berkualiti, di mana fabrik diguna pakai lebih tebal tidak panas, mudah kering selain ‘breathable’ kebolehnafasan, jahitan yang lebih kemas dan lebih rapi.
“Seperti kita tahu, Jakel adalah produk untuk semua. Di mana kita menyediakan produk untuk semua golongan meliputi pelbagai lapisan peringkat umur. Ini bermakna ibu, ayah, remaja, dewasa dan kanak-kanak dapat menikmati produk berkualiti pada harga penjimatan.
“Untuk tahun ini, kita turut menawarkan pakaian dengan warna popular dan terkini seperti, Emerald Green, Burgundy, Dark Pink, Fuchsia dan Powder Blue.
“Kita juga akan menampilkan harga rakyat iaitu dengan menawarkan Baju Melayu Madani berharga RM99 sepasang termasuk sehelai samping percuma bernilai RM49, selain baju Melayu Fattah Amin pada RM149 termasuk samping percuma bernilai RM99,” jelasnya
Dalam majlis yang sama juga Datuk Seri Mohamed Faroz turut berkongsi informasi dimana Jakel bakal membuka 2 lagi cawangan baharunya di Sarawak iaitu di Kuching dan Miri. Jakel telah memperuntukkan kos sebanyak RM60 juta untuk merialisasikan projek tersebut.