October 1, 2025

MMS | Malaysia Music Scene

Bukan Sekadar Muzik

Jackson Wang Kembali Gegarkan Malaysia Dengan MAGICMAN 2 World Tour

Spread the love

Tiket Mula Dijual 15 September

Bintang antarabangsa kelahiran Hong Kong, Jackson Wang, bakal kembali membuat persembahan di Malaysia selepas dua tahun menerusi konsert jelajah solo terbarunya, MAGICMAN 2 WORLD TOUR 2025–2026 IN KUALA LUMPUR.

Konsert berskala besar itu akan berlangsung pada 25 Oktober 2025 (Sabtu) di Axiata Arena, Bukit Jalil, dianjurkan oleh iMe Malaysia. Tiket akan mula dijual pada 15 September jam 12 tengah hari (MYT) melalui FANTOPIA dan Damai.

Jelajah ini mengambil nama daripada album terbaharu Jackson, MAGICMAN 2, yang dilancarkan pada Julai lalu. Album tersebut mencatat kejayaan membanggakan apabila debut di tangga No.13 Billboard 200 Albums Chart, dua anak tangga lebih tinggi berbanding album terdahulu, MAGICMAN.

Pencapaian itu sekaligus menjadikan Jackson artis Cina pertama yang berjaya meletakkan dua album berturut-turut dalam Top 15 Billboard 200, sekali gus mengukuhkan kedudukannya di pentas muzik antarabangsa.

Peminat yang ingin mendapatkan pengalaman lebih dekat bersama idola mereka boleh memilih dua pakej VIP eksklusif yang ditawarkan penganjur:

  • MAGIC 1 VIP (RM2028) – termasuk tiket PS1 Standing, sesi bergambar individu bersama Jackson Wang, akses ke sound check party (First Entry), VIP laminate bertandatangan, serta cenderamata eksklusif.
  • MAGIC 2 VIP (RM1288) – termasuk tiket PS1 Standing, akses sound check party (selepas MAGIC 1), VIP laminate, memorabilia eksklusif (versi deluxe) serta kemudahan kemasukan awal.

Kategori tiket bagi konsert MAGICMAN 2 Kuala Lumpur adalah RM998 (PS1 Standing), RM798 (PS2), RM698 (PS3), RM598 (PS4) dan RM498 (PS5)

Bagi memastikan proses jualan tiket lebih adil dan mengelakkan penipuan, semua pembeli perlu memastikan nama penuh serta nombor kad pengenalan atau pasport sepadan dengan dokumen rasmi yang dibawa ketika memasuki venue.

MAGICMAN 2 WORLD TOUR 2025–2026 IN KUALA LUMPUR dijangka menjadi antara konsert antarabangsa paling hangat tahun ini, menggabungkan persembahan bertenaga, visual memukau, dan barisan lagu-lagu baharu daripada album MAGICMAN 2 serta himpunan hits popular Jackson Wang.


Spread the love
Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.

You cannot copy content of this page