September 8, 2024

MMS | Malaysia Music Scene

Bukan Sekadar Muzik

Jack Neo Hadirkan Filem Terbaharu: I Not Stupid 3

2 min read
Spread the love

MM2 Entertainment dengan bangganya mempersembahkan filem komedi terbaru dari Singapura, “I Not Stupid 3” (小孩不笨 3). Filem ini ditulis dan diarahkan oleh pengarah terkenal, Jack Neo, dan menampilkan pelakon-pelakon cilik berbakat seperti Zhou Yuchen, Goh Wee-Ann, Camans Kong, dan Joseph Ng Zhiyang.

Turut berlakon ialah Hu Jing, Jae Liew, Glenn Yong, Patricia Mok, Anna Lin Ruping, Collin Chee, Terence Cao, dan Xixi Lim. “I Not Stupid 3” adalah sekuel yang berdiri sendiri dari filem popular “I Not Stupid” (2002) dan “I Not Stupid Too” (2006).

“I Not Stupid 3” mengisahkan perjalanan hidup seorang pelajar darjah 6, Wang Zi Hao, yang menghadapi tekanan akademik apabila rakannya, Jayden, menuduhnya menipu untuk mengekalkan kedudukan teratasnya. Di samping itu, ibu Zi Hao, Wen Ting, dituduh bekerja secara haram oleh ibu Jayden yang kompetitif, Sophia.

Di tengah-tengah kekacauan ini, kedua-dua ibu menyedari kesan tekanan ini terhadap anak-anak mereka dan bersatu untuk mengutamakan kesejahteraan anak-anak mereka daripada keputusan akademik, membawa kepada perdamaian yang menyentuh hati.

Penggambaran bermula pada 13 Jun 2023 dan 90% daripada penggambaran dilakukan di sebuah sekolah tempatan di Singapura.

“I Not Stupid 3” bukan sahaja menjanjikan gelak tawa tetapi juga mesej yang mendalam mengenai sistem pendidikan dan tekanan akademik. Jangan ketinggalan untuk menyaksikan filem yang penuh dengan emosi dan pengajaran ini.

Jack Neo

Bagi sesiapa yang ingin mengenali pengarah filem ini, Jack Neo, beliau sebenarnya adalah nama besar dalam industri hiburan Singapura, terkenal dengan gaya pengacaraan komedi yang unik dalam program-program varieti pada tahun 1990-an. Sebagai otak kreatif di sebalik rancangan komedi terkenal, Comedy Night, Jack telah memenangi hati penonton tempatan.

Pada tahun 1998, Jack menceburi industri filem dengan “Money No Enough”, yang menjadi filem ketiga tertinggi kutipannya di Singapura hingga kini. Antara karya terkenal Jack adalah “I Not Stupid” (2002), “Homerun” (2003), “The Best Bet” (2004), “I Do I Do” (2005), dan “Ah Boys To Men” (2012), yang merupakan filem kutipan tertinggi di Singapura.


Spread the love
Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.

You cannot copy content of this page