November 23, 2024

MMS | Malaysia Music Scene

Bukan Sekadar Muzik

Interprestasi Muzik Cara Yaph dan Teman Teman

Spread the love

Yaph yang juga kata singkatan kepada Yang Aku Panggil Hidup akhirnya mampu menarik nafas lega apabila berjaya mengekspresikan lagu dan muzik menerusi konsert yang telah berlangsung di RCD Big Studio, Shah Alam, Selangor pada 26 Oktober lalu.

Konsert anjuran Silent Set Entertainment itu bukan sahaja menyaksikan persembahan berenergi daripada Yaph tetapi turut ‘mengheret’ 17 rakan artis yang membawakan jalur muzik yang sama, iaitu Hip Hop  bersamanya. 

Ternyata penampilan San, Alkamu, Azamrhadio, XBai,Benzooloo, B-Heart, bun D, EmmJay, Fahmi Anuar, Fezral, Karmal, K-Main, Kmy kmo, Mortal, Qyo, Rxf Rhaled dan Alun Tradisi di atas sebuah pentas memberikan pelbagai warna dalam jalur muzik Hip Hop ‘underground’ yang punya ramai fanatikanya meskipun kurang mendapat publisiti media arus perdana.

Konsert Yaph dan Teman Teman bukan dilihat bukan hanya sebuah konsert Hip Hop tetapi turut merangsang ‘jiwa’ dengan elemen muzik tradisional yang disenyawakan bersama nuasa rap.

Trai konsert dibuka dengan tenang sekitar jam 8.30 malam, membawa khalayak dengan lagu Syair (EmmJay),  Terunggul (Bunyi.FX),  Adigung dan Buana (EmmJay). Setiap melodi dan lirik bergantian disampaikan dengan penuh emosi mengikut cara masing-masing.

Seluruh dewan semakin panas dengan asakan lrik-lirik yang membuai perasaan apatah lagi jika ianya disampaikan dengan jiwa yang ikhlas namun terselit rasa amarah. Tidak terhenti disitu penonton disajikan dengan Laggar Lari (BUN D),  Ada Hantu (QYO),  Lu wa Luar (KARMAL) dan Sofea ($AN).

Ini bukanlah persembahan pertama Yaph, dia pernah beraksi secara solo dalam 2 buah ‘gigs’ yang dianjurkan sebelum ini.  Justeru itu tidak hairanlah mengapa dia begitu yakin dengan konsert Yaph dan Teman Teman.  Seleksi lagu-lagu  dipersembahkan seperti Ingkar ft. EmmJay, Gurindam Dendam ft. EmmJay dan Penawalara ft. EmmJay.

Dalam Hip Hop juga terselit rasa patriotik yang memberikan rasa cinta kepada tanah air.  Maka dengan itu terciptalah lagu-lagu seperti Risiko ft. ALKAMU Golok ft. K-Main & Rxf Rhaled METO ft. Wargaswara Zaman Merdeka ft. Mortal, Rxf Rhaled, Fahmi Anuar & EmmJay Tanah Merdeka ft. AzamRhadio, EmmJay & Kmy Kmo.

Masa terus berlalu, malam semakin dingin tetapi agenda Yaph dan Teman Teman terus mengevolusikan muzik.  Yaph membuktikan dirinya mampu bergerak secara solo.  Perjuangan muzik sejak tahun 2017 dibuktikan dengan lagu-lagu seperti Selam Maya ft. Fezral Naskah Akhir Refleksi Syurga Mandatori Merah.  Yaph turut mengalunkan lagu Pemergian sekaligus menamatkan acara.

Janji Yaph sewaktu sidang media sebelum ini telah dilunaskan dimana beliau akan menerapkan elemen tradisional bersama hip hop sebagai satu keunikan konsertnya. Lebih 27 lagu menggabungkan irama hip hop moden dengan sentuhan muzik tradisional Malaysia.

Tanpa pengarah muzik muda, Aliff Redza bersama 16 orang pemuzik profesional dan pemuzik tradisional mungkin konsert itu tiada serinya apatah lagi dengan sokongan dan dana dari Kementerian Komunikasi Malaysia dan MyCreative Venture Sdn Bhd mungkin konsert Yaph dan Teman Teman mungkin tidak dapat dirialisasikan.

Inilah cara Yaph dan Teman Teman Mengekspresikan Hip Hop dengan cara mereka sendiri.


Spread the love
Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.

You cannot copy content of this page