September 7, 2024

MMS | Malaysia Music Scene

Bukan Sekadar Muzik

“Ini Cara Saya Memberi ‘Penghormatan’ Kepada Lagu-Lagu Allayarhamah Datuk Sharifah Aini” – Dato’ Aishah

2 min read
Spread the love

Penyanyi veteran Dato’ Aishah berharap peminat muzik di Malaysia tidak salah tafsir mengapa beliau merakamkan kembali lagu ‘Di Pinggiran Kayangan’ yang pernah di popularkan oleh Biduanita Negara Datuk Sharifah Aini.

Aishah atau nama kelahirannya Wan Aishah Wan Ariffin,  berkata rakaman semula kepada versi asal dendangan Sharifah Aini adalah kerana beliau sudah lama mengagumi bakat Sharifah Aini dan berhasrat untuk merakam semula salah sebuah lagu popular Allahyarhamah.

“Saya minati Kak Pah sejak muda lagi, malah ketika saya mula melancarkan lagu Janji Manismu, Allahyarhamah berbual dengan saya dan memuji nyanyian saya. Katanya, saya menyanyi macam Whitney Houston. Memang berdebar ketika itu tetapi begitulah keperibadian Allahyarhamah yang sangat baik dan suka memberi sokongan”, ujarnya kepada media ketika pelancaran lagu tersebut yang telah di adakan di Restoran Rebung pada 18 Julai lalu.

“Saya harap versi nyanyian saya ini dapat diterima ramai pendengar. Versi nyanyian saya berlainan dengan versi beliau. Jadi, saya harap peminat boleh terima.  Dengan adanya perbezaan cara nyanyian, itulah yang membuatkan industri muzik kita lebih warna-warni,” katanya.

Beliau turut menjelaskan bahawa lagu Di Pinggir Kayangan adalah lagu cinta yang mempunyai semangat positif dan lenggok kemelayuan sangat merdu.

“Lagu seperti Di Pinggir Kayangan adalah karya yang harus diperkenalkan kepada generasi baharu. la begitu bermakna buat saya kerana ia mengingatkan saya kepada arwah yang juga idola saya.

“Tapi, akan kedengaran kelainan dari segi susunan muzik dan suara saya juga berbeza daripada penyanyi asal. Lagu juga dirakamkan dalam nota yang lebih tinggi sedikit berbanding dengan versi asal.

“Semoga lagu seperti Di Pinggir Kayangan akan mendapat tempat di hati pendengar. Bila dapat menghayati lagu lama barulah dapat kemajuan mencipta lagu baharu,” katanya.

Bakal dikeluarkan pada tarikh 19 Julai 2024, “Di Pinggir Kayangan” versi Dato’ Aishah boleh dimuat turun di iTunes dan dinikmati melalui semua platform digital seperti Apple Music, Deezer, KKBox, Spotify, YouTube dan YouTube Music.


Spread the love
Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.

You cannot copy content of this page