September 17, 2024

MMS | Malaysia Music Scene

Bukan Sekadar Muzik

Industri Konsert Malaysia Bakal Ditakuti Dengan Kunjungan Fear Factory Pada Bulan Mei Ini

2 min read

Gambar diambil daripada laman Facebook rasmi Fear Factory

Spread the love

Berikutan pelancaran album “Re-Industrialized” pada tahun lepas, Fear Factory akan datang ke Malaysia pada bulan Mei tahun ini dan peminat mereka di negara ini seharusnya bersedia untuk menyaksikan serangan hebat muzik industrial yang hebat dan begitu dikenali daripada kumpulan itu.

Bagaimanapun, setakat ini, tidak banyak maklumat lain mengenai persembahan Fear Factory di Malaysia itu selain risalah yang tersebar di internet dan media sosial yang mengatakan Kuala Lumpur akan menjadi salah satu tarikh jelajah Asian Disruptour 2024 mereka dan persembahan mereka itu bakal diadakan di Auditorium Bentley pada 5 Mei 2024.

Persembahan mereka di Malaysia juga akan menyaksikan Fear Factory datang ke Malaysia untuk konsert sulung mereka yang telah lama ditunggu-tunggu oleh peminat mereka di Malaysia yang merupakan sebahagian daripada jelajah tour Asian Disruptour 2024 mereka itu.

Justeru itu, peminat mereka kini bolehlah menandakan kalendar mereka pada tanggal 5 Mei 2024, untuk menyaksikan kumpulan ikonik dari Los Angeles, Amerika Syarikat tersebut melakukan persembahan di pentas di Auditorium Bentley, yang sebenarnya terletak di Petaling Jaya, sebuah bandaraya satelit kepada Kuala Lumpur.

Apa pun, konsert sulung Fear Factory di Malaysia itu pasti akan menjanjikan pengalaman yang tidak dapat dilupakan bukan sahaja oleh para penggemar muzik metal, tetapi juga penggemar muzik secara amnya. Oleh itu, peminat muzik juga tidak sepatutnya melepaskan peluang untuk menjadi sebahagian daripada sejarah muxik di Malaysia. Ini adalah kerana Fear Factory pastikan menghidupkan pentas persembahan mereka di Malaysia pada bulan Mei yang akan datang ini dengan tenaga mereka yang tiada tandingan.

Risalah/ flier yang mendedahkan bahawa Fear Factory bakal mengadakan persembahan di Malaysia pada bulan Mei tahun ini.

Ditubuhkan pada tahun 1990, Fear Factory terkenal kerana mereka merupakan salah sebuah kumpulan muzik yang merupakan perintis dalam dunia muzik metal industrial. Mereka juga terkenal dengan riff gitar yang agresif, irama mekanikal, dan tema futuristik, dan juga sering menggabungkan bunyi industrial dan elemen elektronik ke dalam muzik mereka. Gabungan unsur muzik metal yang berat dan muzik industrial mereka juga telah menyebabkan mereka mempunyai bunyi muzik mereka yang tersendiri.

Selain daripada itu, lirik Fear Factory juga kerap meneroka tema teknologi, distopia dan interaksi manusia dengan mesin, mencerminkan gabungan unik fiksyen sains dan ulasan sosial. Dengan pendekatan inovatif mereka terhadap muzik metal, Fear Factory telah meninggalkan kesan yang berkekalan pada genre muzik metal dan telah berjaya mengumpulkan peminat yang sungguh berdedikasi dari seluruh dunia.

Walaupun Fear Factory telah mengalami banyak perubahan anggota sejak penubuhannya, pemain gitar mereka Dino Cazares adalah satu-satunya ahli asal kumpulan itu yang masih bermain dalam kumpulan itu sehingga hari ini. Selain daripada Dino, barisan anggota Fear Factory masa kini pula terdiri daripada Tony Campos (bass), Mike Heller (dram) dan penyanyi Milo Silvestro yang baharu sahaja menyertai kumpulan tersebut pada tahun 2021, menggantikan tempat penyanyi asal Fear Factory, Burton C Bell.


Spread the love
Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.

You cannot copy content of this page