September 17, 2024

MMS | Malaysia Music Scene

Bukan Sekadar Muzik

Incubus Singgah Kuala Lumpur Dalam Rangka Tour Asia 2024

3 min read
Spread the love

Oleh: Zizi Hashim

Sudah bersiap-sediakah anda untuk satu pesta muzik Rock Alternatif yang epik? Setelah agak lama tidak singgah di benua Asia, band kelahiran California, Amerika Syarikat ini akhirnya melunaskan penantian dengan siri jelajah Tour Asia 2024 mereka. Bagaikan bermimpi, mereka telah turut menyelitkan lokasi Kuala Lumpur sebagai salah satu destinasi diantara 5 negara yang dituju.

Meski pada mulanya mengumumkan cuma 4 negara iaitu Indonesia, Filipina, Singapura dan Jepun, namun pada saat-saat akhir Incubus telah memberi konfirmasi YA kepada Kuala Lumpur, akhirnya! Satu berita gembira buat fanatika Incubus yang sudah lama setia menunggu buah tangan terbaru mereka. Sila set reminder tanggal 27 April 2024, jangan sampai terlepas pandang.

Ini kali ke-5 kedatangan Incubus ke Kuala Lumpur, bukanlah satu nama asing, mereka pernah beraksi dalam konsert pada tahun 2004, 2008, 2011, 2018 dan kini 2024. Ternyata Incubus sangat gemar singgah ke mari, apatah lagi kesetiaan para peminat muzik mereka amat mengkagumkan, memberi semangat dan sebab kenapa mereka mahu datang lagi dan lagi. Kali ini diberikan skala yang lebih besar dengan bertempat di Mega Star Arena KL, Incubus bakal menggegar tanpa belas kasihan.

Sejak penubuhan pada 1991, Incubus telah mengukir legasi dalam kancah muzik pasca Post-Grunge secara global, beserta kombinasi genre Metal, Funk dan Hip Hop dalam ramuan karya seni mereka. Konsisten dibarisi line-up yang sama (dengan pertukaran yang minor), teraju utama masih tetap Brandon Boyd memegang mikrofon di baris hadapan. Keunikan riff-riff gitar aneh yang datangnya dari Mike Einzeger masih kekal sama, begitu juga Jose Pasillas setia di posisi dram, di sokong utuh oleh DJ Kilmore yang mengendalikan instrument turntable dan kibod sejak 1998.

Namun deruan ritma bass kali ini datangnya dari seorang wanita bernama Nicole Row, mantan bassis dari band Panic at the Disco yang  menggantikan Ben Kenney. Ini kerana Ben disahkan menghidap tumor otak pada Januari lalu, memerlukan sedikit masa untuk pulih setelah pembedahan. Pastinya line-up terkini ini menjanjikan sesuatu yang luarbiasa. Tidak perlu lagi mengharapkan “Wish You Were Here” kerana akhirnya Incubus memang akan datang. “Pardon me?” – ini kisah benar Incubus akan didatangkan khas oleh Hitman Solutions kali ini. Jangan buang masa fikir panjang, cepat beli tiket sebelum sold out terjual, “If Not Now, When?”

Band yang meraih rekognisi mainstream menerusi album “Make Yourself” pada tahun 1999 ini, sangat terkenal dengan lagu-lagu hits yang menduduki tangga tertinggi di carta-carta lagu terutama sekali lagu paling popular yang mengangkat nama mereka di mata dunia  iaitu “Drive.” Kejayaan ini berjaya dirangkul selepas kelahiran 2 album terdahulu iaitu Fungus Amoungus (1995) dan S.C.I.E.N.C.E (1997). “Nice To Know You” akan datang lagi, Incubus. Semua fanatika sudah tidak sabar lagi menunggu 27 April kelak. “Warning” buat semua, kali ini Incubus datang membawa “Vitamin” kemeriahan maksima yang tidak terlupakan tidak kiralah “Whatever Tomorrow Brings”, itu janji mereka.

Hari ini, band bertaraf antarabangsa ini memiliki rekod pencapaian komersial yang tidak masuk akal, album terjual lebih 23 juta diseluruh dunia, dihiasi dengan anugerah multi-platinum yang tak terbilang. Berbangga dengan keanehan muzik mereka, Incubus bakal mengadun instrument dan kreativiti mereka secukup rasa buat anda semua.

Tiket konsert Incubus Asia Tour 2024 sedang hangat dijual bermula pada harga RM249 dan RM299, boleh didapati butiran selanjutnya di www.hitmanlive.com


Spread the love
Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.

You cannot copy content of this page