September 17, 2024

MMS | Malaysia Music Scene

Bukan Sekadar Muzik

Impian Penyanyi Korea, Vin Jalin Kerjasama Dengan Luncai Emas Terlaksana

2 min read
Spread the love

Album sulung penyanyi baru Korea, VIN yang bertajuk ‘Nail’ telah dirilis di pelbagai laman muzik dalam talian pada tanggal 17 Februari 2024. Single sulung VIN yang bertajuk ‘Nail’, merupakan lagu yang mengandungi perasaan seorang wanita yang biasa menggigit kuku sambil mengenangkan kekasih yang telah berpisah, Single ini dikuatkan dengan skor Lo-Fi serta melodi yang mudah dan beralunan, juga dengan rentaknya yang menarik.

Lagu ini dipersembahkan dengan penyampaian suara Vin yang unik, jelas, dan memikat. Vokal Vin juga dibantu oleh penulis lagu dan penerbit Yoon Sang-jo dan Kang Yeon-wook, yang telah bekerja dengan artis K-pop terkenal seperti IZ*ONE dan Ryu Soo-jung.

Semasa rakaman, mereka turut membantu VIN untuk meningkatkan daya tarikannya dalam lagu itu. VIN merupakan artis solo wanita baharu yang telah mengembangkan kemahiran menyanyi dan persembahannya selepas lapan tahun latihan, dan berkata melalui agensinya “Saya gembira akhirnya dapat mengeluarkan album di bawah namaku selepas latihan yang lama, saya ingin berjumpa dengan peminat-peminat saya melalui pelbagai aktiviti, “ujarnya

Sementara itu, agensinya KOONG WORLD merupakan platform muzik baharu yang berdasarkan ‘Transaksi Langsung’ yang membolehkan pengguna memuat naik muzik mereka sendiri dan mendapatkan pendapatan jualan, menawarkan perkhidmatan kepada pemuzik di seluruh dunia, di mana segala-galanya dari pembuatan hingga penjualan muzik K-pop boleh diadakan. Selain itu, pelbagai acara akan diadakan di laman web rasmi ( https://koong.world ) bermula dari bulan Mac 2024.

Pengurusan hakcikpta lagu ini di Malaysia adalah di bawah Luncai Emas Sdn Bhd, syarikat milik Dato M.Nasir.

Sebagai penerbit muzik tempatan (music publisher) selama 30 tahun mentadbir hakcipta muzik, Luncai Emas Sdn Bhd amat berbangga dilantik sebagai sub publisher untuk lagu- lagu di bawah Koong World, termasuk rilisan baru ‘Nail’ daripada penyanyi wanita baru dan berpotensi Vin.

“Kami berharap lagu ini dapat diterima pendengar muzik malaysia. Untuk pengetahuan juga lagu-lagu di bawah hakcipta muzik Luncai Emas juga ditadbir oleh Koong World untuk territori Korea Selatan. Pihak Koong World akan memasarkan secara luas lagi lagu-lagu Luncai Emas di negara k-pop itu”, ujar Luncai Emas.


Spread the love
Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.

You cannot copy content of this page