September 17, 2024

MMS | Malaysia Music Scene

Bukan Sekadar Muzik

Illy Caffè Melancarkan Cawangan Baharu di Hartamas Shopping Centre

3 min read
Spread the love

Jenama kopi dan kafe yang terkenal di seluruh dunia, illy,terus mengorak langkah penting di Malaysia dengan kehadiran cawangan terkini mereka di Pusat Beli-Belah Hartamas di Kuala Lumpur. Ini menandakan pengembangan yang berterusan merentasi Asia Tenggara, yang bermula di Korea Selatan, dengan banyak kedai yang sangat digemari oleh orang Korea Selatan.

Dikenali dengan kopi berkualiti tinggi mereka, pasukan di belakang jenama antarabangsa ini bertekad untuk mengukuhkan pengalaman illy di Malaysia. Oleh itu, illy terus berkembang dalam talian dan ke pejabat-pejabat, memastikan kopi premium dapat dinikmati dengan sempurna di tempat kerja dan setiap pagi sebelum meninggalkan rumah.

“Kami memberi penekanan pada integrasi budaya tempatan dengan pelancaran produk antarabangsa terbaharu seperti ‘Strawberry Kiss’ dan banyak produk unggulan lain yang akan datang. Kami sangat percaya untuk menyesuaikan citarasa tempatan seiring dengan pertumbuhan kami di Malaysia,” kata Filippo Migliuolo, pengarah illy Caffè Malaysia.

Turut hadir semasa pelancaran cawangan baharu ini adalah chef selebriti terkenal, Anis Nabilah. “Pelancaran kedai illy Caffè yang akan datang di Pusat Beli-Belah Hartamas membuat saya menantikan pengalaman kopi yang tidak mungkin dapat dilupakan. Dikenali dengan campuran kopi berkualiti premium, saya bersemangat ingin menikmati rasa dan aroma lazat yang hanya illy dapat tawarkan. Dan jangan lupakan aktiviti eksklusif serta suasana selesa yang menanti di pelancaran kedai – ia pasti akan menjadi acara yang tidak boleh dilupakan!

Satu perkara yang saya sangat ternanti-nanti adalah minuman Strawberry Kiss. Campuran unik ini menggabungkan strawberi tempatan dari Cameron Highlands dengan biji kopi yang diimport dari luar negara, mencipta gabungan rasa menyeronokkan dengan sentuhan tempatan dan global. Ia adalah hidangan yang terbaik dari kedua-dua dunia!” jelas Anis dengan penuh semangat.

Antara artis Universal Music Malaysia yang hadir untuk memeriahkan majlis pelancaran tersebut serta berpeluang mencuba minuman baharu ‘Strawberry Kiss’ ialah ALVN, Yonnyboii, Nikira, The Gadys, Killa Driz dan Razzuan Rosli.

illy juga telah menubuhkan Università del Caffè (UDC – Universiti Kopi) yang kini tersedia di Malaysia. Pusat ini menawarkan kursus untuk semua pecinta kopi, dari perkara asas hingga ke butiran rumit yang perlu ada untuk menjadi seorang barista sepenuhnya. UDC di seluruh dunia juga membantu illy untuk menyampaikan pengetahuan dan teknologi kepada petani kopi, memastikan kopi hijau berkualiti tinggi, dan menawarkan ganjaran yang melebihi harga pasaran.

illy kemudian bekerjasama dengan petani secara langsung, membeli kopi dari petani terpilih yang terbaik, dari seluruh dunia termasuk dari Brazil, Amerika Tengah, India, dan Afrika. illy terkenal dengan tumpuannya pada kualiti dalam setiap cawan kopi. Jenama ini percaya pada konsistensi dalam kopi dan ini datang dari barista mereka serta pemeriksaan dan penyelenggaraan harian yang dijalankan ke atas semua mesin mereka. Ini juga meliputi kualiti makanan mereka yang terdiri daripada Croissant sourdough, sarapan Big Breakfast dengan lada hitam Sarawak, dan banyak lagi.

Pengalaman-pengalaman ini datang dari ibu pejabat mereka di Itali, termasuk penyelidikan dalam pengeluaran dan sokongan, serta resipi baharu yang akan mereka perkenalkan. illy Caffè telah ditubuhkan pada tahun 1933 dan berpusat di Trieste, sebuah bandar pelabuhan di Timur Laut Itali, yang mempunyai pengalaman lebih dari 90 tahun. Menggunakan hanya 1% teratas kopi Arabika, jenama ini menggunakan Kopi Arabika Tulen 100%. Sehingga kini, lebih dari 7 juta cawan illy dinikmati setiap hari di seluruh dunia, di lebih daripada 140 negara.


Spread the love
Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.

You cannot copy content of this page