September 19, 2024

MMS | Malaysia Music Scene

Bukan Sekadar Muzik

Hasil Kerjasama Cradle Of Filth Dan Ed Sheeran Tidak Akan Dikeluarkan Pada Tahun Ini – Dani Filth

Spread the love

Peminat Cradle of Filth nampaknya perlu bersabar sehingga tahun 2025 untuk mendengar kerjasama gandingan kumpulan tersebut dengan artis pop arus perdana Ed Sheeran, menurut ketua kumpulan tersebut Dani Filth. Pendedahan itu telah dibuat oleh beliau baru-baru ini di dalam sebuah perbualan bersama pihak media dan beliau juga berkata kerjasama gandingan yang dinantikan akan dimasukkan dalam album akan datang Cradle of Filth, yang sedang dalam pembikinan dan tak mungkin akan dikeluarkan sebelum tahun 2025.

Selain daripada itu, Dani juga turut memberikan pandangan beliau mengenai gaya album Cradle of Filth yang akan datang dengan mengatakan penglibatan Ed Sheeran memberikan sesuatu yang baharu kepada muzik Cradle of Filth. Menurutnya, kolaborasi itu juga dengan lancar menggabungkan bunyi khas Cradle of Filth dan bakat muzik Ed Sheeran, dengan kehadiran elemen seperti ‘blast beats’ pada lagu mereka dengan Ed Sheeran itu.

“Salah satu kejutan, jelas, tetapi ia tidak begitu mengejutkan (lagi sekarang, bagaimanapun) bahawa kami mempunyai lagu yang kami mempunyai Ed Sheeran pada salah satu lagu dalam album Cradle of Filth yang akan datang.

“Lagu bersama Ed Sheeran itu ada album yang akan datang itu,” kata Dani apabila ditanya mengenai gaya album Cradle of Filth yang akan datang itu oleh Blabbermouth.

Walaupun melakukan gandingan yang dilihat agak luar biasa bersama Ed Sheeran, Dani bagaimanapun memberi jaminan kepada peminat Cradle of Filth bahawa album tersebut tetap akan mempunyai bunyi yang berat dan tidak semestinya komersial.

Gambar Cradle of Filth bersama peminat ketika mengadakan persembahan di Las Vegas, USA pada bulan Mei tahun lepas – gambar laman Facebook rasmi Cradle of Filth

Berita tentang gandingan yang luar biasa itu timbul semenjak tahun lepas dan hasil daripada gandingan tersebut adalah antara yang sangat dinantikan oleh peminat-peminat muzik yang mengenali Ed Sheeran dan Cradle of Filth. Ia juga sudah pasti akan menjanjikan gabungan gaya muzik yang unik.

Walaupun diakui bahawa terdapat banyak band muzik ekstrim yang mungkin melakukan gandingan luar biasa seperti apa yang dibuat oleh Cradle of Filth bersama Ed Sheeran itu, ramai peminat muzik metal mendapati prospek kolaborasi Cradle of Filth dengan Sheeran adalah yang paling menarik dan menyeronokkan.

Selain daripada kolaborasi, Dani menyatakan kagum terhadap arah muzik Cradle of Filth yang terus berkembang dalam album kumpulan itu yang akan datang. Menggambarkannya sebagai album penting untuk Cradle of Filth, beliau menekankan bahawa album itu akan mempersembahkan kemajuan kumpulan tersebut dan berharap peminat mereka akan menerima album tersebut selain daripada menantikan album tersebut dengan penuh sabar.

“Album tersebut, yang pertama untuk Napalm Records, menandakan langkah maju yang besar bagi kami. Kami ingin melihat setiap keluaran kami sebagai evolusi dan pautan yang diperlukan dalam perjalanan muzik kami,” kata Dani.

Selain daripada itu, Dani turut mendedahkan bahawa peminat Cradle of Filth boleh menjangkakan single pertama dari album tersebut sekitar bulan September atau Oktober tahun ini, yang akan memberikan gambaran kepada mereka mengenai evolusi muzikal yang telah dialami oleh kumpulan tersebut.


Spread the love
Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.

You cannot copy content of this page