Hari Rock Negara Sasar 10,000 Pengunjung
Kedengaran agak tipikal Hari Rock Negara, namun fakta yang telah tercipta pada tahun 2022 membuktikan ianya bukanlah sebuah acara yang harus dipandang remeh. Lebih 5000 pengunjung yang meminati irama rock berjaya dihimpunkan ketika itu.
Kali ini Malakat Mall, Cyberjaya sekali lagi bakal berubah wajah dengan kehadiran sasaran lebih 10,000 pengunjung bagi meraikan Hari Rock Negara yang akan berlangsung pada 14 – 16 Julai ini.
“Kali pertama Hari Rock Negara diadakan pada tahun 2022, dimana ketika itu saya sedikitpun tidak menjangka bahawa ianya akan mendapat sambutan yang cukup menggalakkan daripada peminat tegar rock, alhamdulillah lebih 5000 hadir ketika itu”, ujar Mohd Shukri Idrus selaku Pengurus Acara.
“Mungkin ramai lagi di kalangan netizen mahupun orang ramai yang mentafsirkan bahawa rockers itu negatif, terpesong akhlaknya, budaya kuning malah ada yang melebalkan mereka sebagai sampah masyarakat”
Mohd Shukri atau lebih dikenali dengan panggilan Kombatt menjelaskan, bahawa persepsi itu salah, malah ROCK itu adalah Ramai Orang Cari Kebenaran. Justeru itu Hari Rock Negara bukan sekadar acara liburan semata-mata malah pelbagai program ilmiah turut di adakan.
Hari Rock Negara yang memasuki edisi kedua kali ini bakal menyuntik ‘rockers’ dengan pelbagai program antaranya gerai jualan dari usahawan tempatan, Pelancaran Album, Forum Kartun dan Rock, Qasidah, Wayang Pacak, Battle Of The Bands, Showcase, Kursus Jenazah dan sebagainya.
Hari Rock Negara yang dianjurkan oleh Mawar Grandeur Event & Kombat Records turut dimeriahkan dengan persembahan kugiran rock tempatan seperti Bloodshed dan Belantara.
Tanpa Battle Of The Bands ibarat kosonglah pengisian Hari Rock Negara, lantaran itu pihak penganjur telah bekerjasama dengan Alfarabiband untuk menganjurkan program tersebut.
“Kami Alfarabiband akan menggegarkan pentas Hari Rock Negara dengan pertandingan ‘Alfarabi Battle Of The Bands’, dimana kami hanya memerlukan 15 penyertaan daripada peserta”, ujar Nazri yang juga vokalis dan gitaris kumpulan Alfarabiband.
“Sebelum ini kami pernah mengadakan siri pertandingan sebegini dan ianya sudah memasukki edisi ke 3, namun kali ini ianya berbeza dimana setiap kumpulan diwajibkan untuk memasukkan elemen samada intro atau melodi serta lagu yang terdapat dalam mana-mana lagu kami”
“Pemenang akan membawa pulang hadiah berupa wang tunai dimana Johan akan mendapat RM1500, Naib Juara RM1000 dan Ketiga RM500”, tambah Nazri lagi.
Pertandingan ini akan berlangsung pada 15 Julai bermula jam 10 pagi sehingga 6 petang. Pemenang akan diadili oleh juri berpengalaman antaranya Sam Cromok, Rina (bassis Alfarabiband) dan Shah Ziri.
Mereka yang berminat untuk menyertai pertandingan ini boleh menghubungi Roll di +60126743515 atau wasap.my/60126743515 untuk info lanjut dan pendaftaran.