October 18, 2024

MMS | Malaysia Music Scene

Bukan Sekadar Muzik

Hammersonic Festival Bakal diadakan di Sarawak?

Spread the love

Sebut saja nama Hammersonic, apa yang dibayangkan oleh para peminat muzik keras tempatan mahupun antarabangsa adalah festival muzik yang menghimpunkan band-band metal yang mempunyai ribuan malah jutaan peminat di seantaro dunia.


Jenama Hammersonic itu sendiri sudah sebati buat seluruh peminat di Indonesia, malah mereka turut berbangga kerana acara tersebut diadakan setiap tahun. Kini jenama ‘Hammersonic’ diberitakan akan berlangsung di Kuching, Sarawak.


Apakah ianya benar atau spekulasi yang dicipta oleh individu bagi menarik perhatian netizen atau sekadar meraih followers di dada-dada media sosial. Jika ianya benar, pastinya ianya berita baik buat peminat muzik ekstrim metal mahupun seangkatan dengannya berlapang dada.

Ciapan di Twitter


Buktinya salah satu pasukan penganjur berkongsi di Twitter bahawa Hammersonic akan datang ke Kuching pada September tahun ini, manakala satu lagi screenshot yang dilampirkan menunjukkan festival itu yang akan diadakan di Kuching secara rasmi dimasukkan ke dalam laman web pihak penganjur.


Menurut sumber yang dipercayai, setakat ini ada 3 buah kumpulan telah diberitakan akan beraksi di festival muzik berkenaan yang di jangka akan berlangsung pada September tahun ini. Tiga kumpulan tersebut adalah Testament, Devil Wear Prada dan Bring Me The Horizon.


Semoga ciapan di twitter, perkongsian di facebook itu benar kerana ianya sekaligus akan merancakkan persada hiburan negara selain penjanaan ekonomi kepada negara mahupun penduduk setempat. Sama-samalah kita tunggu.


Spread the love
Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.

You cannot copy content of this page