September 17, 2024

MMS | Malaysia Music Scene

Bukan Sekadar Muzik

‘Go International’ Dolla Kembali Dengan Single ‘Damelo’

2 min read
Spread the love

Sebelum iniDolla pernah mengeluarkan single yang bertajuk Look At This dan selepas lima bulan berlalu, Mereka kini kembali dengan single baru yang dipanggil Damelo. 

Meskipun baru sahaja memenangi Anugerah Kumpulan / Duo/ Kolaborasi Popular di Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) yang ke-35, kumpulan nyanyian wanita popular DOLLA sudah bersedia untuk projek yang baharu.

“Sebenarnya kami mempunyai ramai pengikut di pelbagai platform media sosial khususnya di Twitter malah ada di kalangan mereka adalah ‘Spanish speaker fan’, jadi kami mula terfikir untuk mencuba lagu-lagu yang mempunyai ‘mexican vibes’,  maka terhasillah Damelo”, ujar Tamitha Ariel Lam atau Tabby ketika sidang media pelancaran single ‘Damelo’ yang di adakan di Publika baru-baru ini.

Damelo merupakan salah satu perkataan yang diambil dari bahasa sepanyol yang bermaksud Give It To Me. Mereka juga ramai peminat daripada luar negara, apatah lagi peminat daripada Sepanyol.  Ditulis dalam Bahasa Sepanyol pada asalnya, lagu ini kemudian diolah ke dalam Bahasa Malaysia dan Inggeris oleh penyanyi rap wanita Sya dan diterbitkan oleh bintang hiphop tersohor, SonaOne.

“Walaupun lagu ini ditulis dalam Bahasa Malaysia dan Inggeris, kami masih kekalkan beberapa bahagian dalam Bahasa Sepanyol sebagai penghormatan kepada penulis asal karya ini. Kami juga terpaksa belajar sedikit sebutan Bahasa Sepanyol daripada SonaOne dan adiknya untuk memastikan lagu ini disampaikan dengan betul”, ujarnya.

Dolla juga turut berkongsi, meskipun ‘Damelo’ hadir dalam 2 versi tetapi mereka menerima riaksi positif di kalangan peminat dari Brazil, Argentina dan Amerika Syarikat yang lebih suka versi Bahasa Melayu.

“Selain itu kami suka bereksperimentasi dengan sesuatu yang baharu, ‘Damelo’ menguji kami dan untuk melakukan semua ini, kami menggunakan kebolehan serta tenaga kami sebagai wanita. Jika anda dengar lagu ini dengan betul, ia sebenarnya lagu kami yang paling feminin dan lantang bersuaramengenai pemerkasaan wanita” tambah mereka.

Lagu yang mengambil masa beberapa sesi untuk disiapkan ini juga hadir dengan sebuah video muzik
menarik yang menampilkan visual sesuai dengan album penuh mereka yang akan terbit tidak lama lagi.

“Video muzik Damelo merupakan satu langkah besar buat kami. Ia menampilkan sisi lain kami yang lebih matang. Ia menampilkan banyak unsur seperti padang pasir dan air dengan beberapa babak tarian juga. Kami mahukan sesuatu yang baharu dan luar biasa jadi kami cuba selitkan beberapa kejutan dalam video ini”

“Kami berikan sepenuh kepercayaan kepada Pyqul dan Tessera Productions untuk menghasilkan watak penjahat Sepanyol yang mereka berikan dengan baik. Pasukan itu muda, segar dan berjaya hasilkan video yang sangat hebat dan sesuai dengan lagu. Kami sangat gembira dengan video ini dan berharap semua orang akan menyukainya juga,” ujar mereka.

Damelo sudah berada di semua platform digital bermula 28 Julai lalu manakala video muziknya boleh ditonton di saluran YouTube rasmi DOLLA VEVO bermula 4 Ogos ini


Spread the love
Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.

You cannot copy content of this page