September 17, 2024

MMS | Malaysia Music Scene

Bukan Sekadar Muzik

Gig Rakyat Jelata Himpunkan 11 Kumpulan Pelbagai Genre

1 min read
Spread the love

11 kumpulan muzik tempatan bakal menghangatkan Konsert Gig Rakyat Jelata yang akan berlangsung di Ipoh pada 22 Julai dan Johor Bahru pada 26 Ogos depan.

Penganjur konsert Raizan Zainal Abidin yang juga vokalis kumpulan Pretty Ugly berkata kumpulan muzik yang bakal membuat persembahan ialah Couple, Muck, Nitrus, Strike Out dan Late Night Frequency.

“Kumpulan Banyak Bunyi Republik, Sabda Alam, Plague Of Happiness, Zip Zieller dan Terang Bulan juga akan turut serta dalam gig berkenaan. Kami himpunkan pelbagai genre band agar dapat beri variasi dan kelainan untuk peminat muzik. Saya harapkan gig ini akan dapat sambutan”, ujar Neves ketika sidang media yang di adakan di Kedai Kopi KL pada 5 Julai lalu.

“Harga tiket yang dijual sangat murah, pada harga rahmah iaitu RM70,”tambahnya.

Sementara itu, penganjur bersama Amiruddin Karim berharap agar sokongan diberikan kepada pemuzik tanah air setara seperti artis dari luar negara.

“Tak salah sokong dan minat artis luar tapi kami berharap sambutan terhadap band-band tempatan juga sama seperti mana yang diberikan terhadap penyanyi luar.

“Diharapkan gig ini dapat menggembalikan semua kenangan gig-gig underground yang suatu ketika dulu cukup menjadi fenomena di kalangan anak muda,” ujarnya.

Peminat yang ingin menyaksikan showcase Gig Rakyat jelata boleh mendapatkan tiket berharga RM70 yang boleh didapati di https://cdbagasimusic.ubertickets.asia/. Peminat juga boleh dapatkan harga tiket pakej untuk kedua-dua lokasi konsert pada harga RM120.


Spread the love
Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.

You cannot copy content of this page