September 17, 2024

MMS | Malaysia Music Scene

Bukan Sekadar Muzik

GGR Motor Jalin Hubungan Dengan Penggiat Seni Demi Pembangunan Industri EV Malaysia

2 min read
Spread the love

Oleh: RafidahWhite ASamah

GGR Motor (M) Sdn Bhd sentiasa menyokong penuh usaha pembangunan industri EV di Malaysia selaras dengan Skim Galakan Penggunaan Motosikal Elektrik yang dilancarkan pada Disember 2023.

Gelombang global dalam peralihan kepada Kenderaan Elektrik (EV) bakal menyaksikan pasaran dan industri EV di Malaysia bakal berkembang dengan sangat pesat dalam tempoh kurang dari lima tahun.

Oleh yang demikian, GGR Motor menyahut galakan dari Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) dalam proses peralihan kepada kenderaan elektrik (EV) ini.

Antara strategi GGR Motor termasuklah memeterai satu memorandum persefahaman (MoU) di antara Pengarah Urusan GGR Motor, Muhammad Musaddiq (Dekmat) dengan Presiden IRAMA, Ayob Abdul Majid.

Jalinan kerjasama dengan Konsortium Industri Rakaman Muzik Malaysia (IRAMA) adalah bertujuan untuk menjadikan penggiat seni sebagai Duta jualan motosikal EV Bike Elektrik secara langsung kepada peminat-peminat mereka.

Kerjasama ini membolehkan peminat dan bakal pembeli motosikal ini mempunyai akses lebih mudah mendapatkannya menerusi artis-artis pujaan mereka.

Syarikat yang diterajui oleh Pemenang Platinum bagi Anugerah Ikon Usahawan di dalam Bidang Automotif dan Mobiliti, Muhammad Musaddiq Mohamed Azmi dikenali sebagai Dekmat dan Prof Dr Nizar Abdul Jalil ini telah berjaya menjual sebanyak 100 biji motosikal elektrik (EV) dalam tempoh 2 hari.

Rekod jualan ini membuktikan peningkatan permintaan domestik bagi industri EV ini sangat mengagumkan disamping insentif pengecualian cukai yang diperkenalkan kerajaan yang meliputi cukai import, cukai eksais dan juga jualan penuh bagi EV yang dipasang secara tempatan sehingga 31 Disember 2027.

Tiada pencemaran udara dan berjaya mengurangkan kebergantungan kepada bahan api, merupakan dua faktor utama yang menjadikan tunggak utama GGR Motor yang dikenali sebagai Dekmat, komited meletakkan sasaran penuh jualan sebanyak 5000 unit bersamaan dengan nilai jualan sebanyak RM50,000,000.00 sehingga berakhirnya Disember 2024.

Ia sekali gus memacu pertumbuhan pekerjaan berkemahiran didalam teknologi baru di Malaysia serta berpendapatan tinggi di dalam sektor EV dan teknologi hijau.

Syarikat bumiputera yang mempunyai dua cawangan penuh iaitu di Damansara dan Johor Bahru ini akan meneruskan sesi penjualan mereka dengan lebih komited dalam memacu industri ini menerusi kerjasama erat dengan pelbagai industri yang realistik.


Spread the love
Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.

You cannot copy content of this page