September 17, 2024

MMS | Malaysia Music Scene

Bukan Sekadar Muzik

‘Gadis Chantek’ Menjadi Pilihan P.Radhi, Nuansa Moden Klasik Ciptaan M.Nasir

2 min read
Spread the love

Terdahulu, kemunculan P.Radhi dalam bidang nyanyian menarik perhatian ramai dalam aplikasi Tiktok kerana suaranya yang unik dan mirip Allahyarham Tan Sri P.Ramlee. Menariknya , kini P.Radhi tampil sebuah lagu baru berjudul ‘’Gadis Chantek’’ yang dicipta oleh Dato’ M.Nasir.

P.Radhi berkata “Syukur dan beruntung kerana telah dapat sebuah lagu nyanyian saya sendiri, karya oleh Dato’ M.Nasir. Pada awalnya, Dato’M.Nasir ingin menghasilkan sebuah lagu ballad untuk saya nyanyikan, namun telah diubah kepada sebuah lagu yang lebih rancak selepas kami berbincang’’.

Lagu ‘’Gadis Chantek’’ dihasilkan dengan rentak lagu yang agak rancak serta mempunyai gabungan elemen moden klasik yang sesuai dengan identiti P.Radhi. Lagu ini mengisahkan tentang seorang gadis yang mana seorang lelaki amat terpikat dengan keayuannya dan ingin memilikinya hingga membuat tidur tidak lena.

Menurut Dato’M.Nasir “kemunculan Radhi mencuit hati industri muzik . Taruhannya adalah satu keberanian yang boleh dipuji . Pastinya dia peminat tegar P.Ramlee dan dengan rakaman ini dia telah dapat mengekspresikan sanjungannya terhadap lagenda besar itu .

Namun lagu ini adalah kepunyaannya walau saya pengarangnya . Harapan besar saya semoga ia diterima peminat muzik tanah air dengan hati yang terbuka . Tahniah saya ucapkan pada Radhi”.

‘’Ini merupakan satu pengalaman yang tidak terfikir apabila dapat bekerjasama dengan seorang lagenda yang hebat. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Luncai Emas dan Dato’ M.Nasir atas usaha ini. Saya hanya terima sahaja yang diberikan oleh Dato’M.Nasir ‘’ – Ujar P.Radhi

Sebelum ini, 2 buah lagu, ciptaan Dato’ M.Nasir (Suatu Masa & Tiara) telah dirakam dan dinyanyikan oleh P.Radhi dengan versinya tersendiri pada tahun 2022.

Luncai Emas selaku label rakaman telah mengambil peluang dengan cetusan idea oleh Dato’M.Nasir ini untuk menerbitkan sebuah lagu baru “Gadis Chantek” nyanyian P.Radhi.

Kami berharap dengan penerbitan single ini, para peminat gembira apabila bertambah lagi sebuah lagu Moden Klasik ala ‘P.Ramlee’ untuk diketengahkan di persada muzik tanah air. “Gadis Chantek” kini boleh ditonton di youtube Luncai Emas dan boleh didapati di semua platform penstriman digital mulai 23 Ogos ini. Jangan lepaskan peluang untuk menikmati karya terbaharu dari P.Radhi yang pasti akan memukau hati dan jiwa anda.


Spread the love
Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.

You cannot copy content of this page