September 17, 2024

MMS | Malaysia Music Scene

Bukan Sekadar Muzik

Filem ‘Harimau Malaya: The Untold Journey’ Angkat  4 Perspektif Skuad Kebangsaan

2 min read
Spread the love

Kisah perjalanan skuad bola sepak Harimau Malaya bakal ditayangkan di pawagam untuk tontonan peminat bola sepak tempatan menerusi filem berjudul ‘Harimau Malaya: The Untold Journey’.

Filem terbitan 4wards Pictures Sdn Bhd itu mengambil inspirasi daripada kisah perjuangan skuad Harimau Malaya di peringkat kelayakan sehingga menempah tiket ke Piala Asia 2022 secara merit selepas penantian 42 tahun.

Filem ini akan diarahkan oleh Dato’ Afdlin Shauki disamping Nashrul Nasir selaku penerbit eksekutif menerusi 4ward Pictures dengan membawakan empat perspektif naratif.  Pertamanya, ia akan memaparkan sudut pandang daripada badan pengurusan aitu FAM. Keduanya, filem berdurasi 120 minit ini akan membawakan sudut pandang daripada ketua jurulatih.

Ketiganya, filem ini akan menampilkan perspektif daripada para pemain Harimau Malaya itu sendiri. Akhir sekali, tidak ketinggalan ia akan melibatkan tiga rakan dari latar belakang kumpulan ultras yang telah disenaraihitam daripada menghadiri perlawanan bola sepak di stadium selama setahun. Keempat-empat perspektif ini akan bertembung ketika Harimau Malaya berjaya menumpaskan Bangladesh pada perlawanan akhir kelayakan Piala Asia 2023 sekaligus melayakkan diri secara merit ke kancah bola sepak terunggul benua Asia selepas 42 tahun

“Harimau Malaya : The Untold Journey juga menampilkan ‘sepak terajang atau ‘perjalanan panjang’ tentang individu-individu di belakang tabir, di sekeliling yang banyak membantu skuad kebangsaan tetapi tidak pernah ‘didendangkan’,” ujar Nashrul Nasir dari 4ward Pictures Sdn. Bhd.

“Kami percaya ada banyak kisah bersifat inspirasi yang boleh dikutip dan diambil daripada Harimau Malaya : The Untold Journey. Terutamanya kisah-kisah selepas Tang Cheng Hoe meletakkan jawatan sebagai jurulatih skuad kebangsaan pada 2022.

“Dengan kepakaran Dato’ Afdlin Shauki menulis skrip dan mengarahkan filem ini dalam atmosfera drama, kesukanan dan sejarah yang dibalut nilai komersial, Harimau Malaya : The Untold Journey adalah sebuah karya wajib tonton.

“Anda bukan hanya akan terinspirasi tetapi kami mahu menumbuhkan lebih segar patriotisme terhadap skuad kebangsaan dan Malaysia tercinta,” ujarnya.

Bagi Afdlin Shauki yang kali terakhir duduk di kerusi sutradara dua tahun lalu, kesempatan mengarahkan Harimau Malaya : The Untold Journey adalah platform yang digunakannya

untuk mewujudkan kecintaan yang lebih besar bukan hanya terhadap sukan tetapi semangat setiakawan, pengorbanan dan patriotisme yang sepatutnya ada dalam diri setiap rakyat Malaysia

“Selaku rakyat Malaysia saya tidak seharusnya menolak peluang menggarap dan mengarah

Harimau Malaya : The Untold Journey.  Ini bukan sahaja kerana mahu ada satu masterpiece dalam karier pengarahan saya tetapi ia menjadi penghormatan saya kepada negara tercinta. Menerusi Harimau Malaya : The Untold Journey, anda akan mengerti definisi ‘Kejayaan Memerlukan Keberanian Dan Pengorbanan,” ujar Afdlin penuh semangat.

Antara pelakon terkenal tanah air yang membarisi filem tersebut ialah Sophia Albarakbah, Zahirah Macwilson, Aiman Hakim Redza, Tony Eusoff, Vanidah Imran, Khir Rahman, Douglas Lim, Fattah Amin, Kavin Jay, Fazura, Namron, Bell Ngasri, dan Azhar Sulaiman. Sebelum ini, peminat bola sepak tanah air pernah dihidangkan dengan filem “Ola Bola” yang memaparkan semangat juang pemain bola sepak negara yang pernah mengharumkan nama Malaysia apabila layak ke Sukan Olimpik Moscow, Rusia pada 1980.


Spread the love
Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.

You cannot copy content of this page