Festival Filem Dokumentari Antarabangsa “Walk The Doc ke3” mengangkat ‘Kuala Lumpur : Old Charm’ Ke Lensa Global!
Oleh RafidahWhite AbuSamah
Festival filem dokumentari antarabangsa yang dinanti-nantikan, Walk The Doc Festival kini kembali lagi buat kali yang ke-3 bermula pada 19 hingga 21 November di Stadium Merdeka Kuala Lumpur.
Festival kali ini menampilkan tema “Kuala Lumpur: Old Charm,” bagi meraikan kekayaan warisan budaya di ibu kota Malaysia iserta kemunculannya sebagai daerah yang penuh dengan nuansa kreatif.
Prnganjur, The Walkabout Asia memberitahu, keputusan menganjurkan festival antarabangsa di lokasi ikonik Stadium Merdeka itu membawa maksud tersendiri. Selain tapak warisan negara di mana kemerdekaan Malaysia diisytiharkan pada tahun 1957, stadium ini juga berfungsi sebagai simbol perpaduan, sejarah dan kemajuan yang hebat yang sejajar dengan visi festival untuk menguatkan suara yang pelbagai dan memupuk hubungan merentas sempadan.
“Stadium Merdeka adalah tempat yang bersejarah dan telah menyaksikan banyak peristiwa penting dalam sejarah negara kita,” kata Pengarah Festival Nurashikin Zaharuddin. “Kami berbangga untuk menganjurkan festival tahun ini di tempat yang penuh dengan cerita sejarah.”
3rd Walk The Doc Festival meraikan lebih 30 dokumentari dari seluruh dunia, meneroka pelbagai topik daripada pemuliharaan alam sekitar hingga ke pemeliharaan budaya. Program tahun ini juga memperkenalkan inisiatif baharu “Community Meet-Up’, yang direka untuk menggalakkan rangkaian dalam kalangan pembikin filem, kreatif dan peminat dokumentari, memupuk semangat kemasyarakatan dalam kalangan individu yang berfikiran sama.
Palancaran Walkabout Asia, platform penstriman dokumentari perjalanan pertama yang menyerlahkan kepelbagaian landskap, budaya dan cerita Asia di dalam festival kali ini. Walkabout Asia akan menyediakan ruang untuk peminat perjalanan dan pembuat filem untuk berkongsi dan meneroka kandungan dokumentari yang tertumpu pada keindahan dan kerumitan benua Asia.
“Dengan Walkabout Asia, kami sedang membina komuniti di mana pembuat filem dan penonton boleh meneroka cerita dari seluruh pelusuk Asia, mencetuskan rasa ingin tahu dan dialog.” tambah Nurashikin. “Ia sekaligus mencipta peluang pembelajaran dan kesinambungan kuasa filem dokumentari.”
Festival tahun ini juga turut memasukkan program “Small Story, Big Impact” yang bertujuan menyokong para pembikin filem baru agar berani kedepan dalam menceritakan kisah tempatan yang lebih bermakna. Bengkel khas dikendalikan Mentor Chris Schueler, pemenang Pengarah Anugerah Emmy yang mana para peserta berpeluang untuk menerima geran bernilai RM 5000 untuk menghasilkan mikro dokumentari yang berfokus di Downtown Kuala Lumpur. Di situ, mikro dokumentari akan ditayangkan semasa festival, sekaligus menyinari pusat bandar melalui penceritaan peribadi yang memberi kesan.
3rd Walk The Doc Festival turut sokongan PNB Merdeka Ventures, Think City, Canon, FINAS, BERNAMA dan Asia Pacific Broadcasting Union (ABU)
Untuk program penuh dan butiran tiket, sila layari laman web di www.walkthedoc.com