April 1, 2025

MMS | Malaysia Music Scene

Bukan Sekadar Muzik

Festival Budaya Kulit Wayang & Malika Music Festival 2025 Bukan Sekadar Festival

Spread the love

“Satu Pentas. Seribu Cerita. Sejuta Irama”

Sebuah festival berskala besar yang menghimpunkan elemen filem, budaya dan muzik bakal berlangsung di ibu negara pada April ini menerusi penganjuran Festival Budaya Kulit Wayang 2025 dan Malika Music Festival 2025.

Festival anjuran EMT Ventures Sdn Bhd bakal berlangsung pada 12 dan 13 April 2025 di The Landing @ KL Base, Sungai Besi, festival tersebut dianjurkan sempena kempen promosi filem tempatan genre seram misteri, “Kulit Wayang”, yang dijadualkan ditayangkan di pawagam pada 1 Mei 2025

Bakal berlangsung pada 12 dan 13 April 2025 di The Landing @ KL Base, Sungai Besi, festival tersebut dianjurkan sempena kempen promosi filem tempatan genre seram misteri, “Kulit Wayang”, yang dijadualkan ditayangkan di pawagam pada 1 Mei 2025.

Menurut Pengarah EMT Ventures Sdn Bhd, Penny Chan, penganjuran festival ini bertujuan membawa pengalaman promosi filem ke tahap lebih inklusif dan merakyat.

“Kami mahu meraikan filem tempatan bersama masyarakat dan peminat industri kreatif, bukan sekadar dalam lingkungan tayangan media. Festival ini menggabungkan seni, budaya dan muzik untuk semua lapisan masyarakat,” katanya sewaktu sidang media berkenaan yang telah di adakan di Grotto Hall @ Confetti KL, Mines 2 pada 26 Mac lalu.

Festival selama dua hari ini dijangka menarik lebih 13,000 pengunjung, termasuk kira-kira 5,000 peserta larian santai yang akan menyertai acara 3KM Fun Run bersama selebriti.

Antara aktiviti utama yang bakal berlangsung ialah Pelancaran dan Tayangan Perdana Trailer Filem “Kulit Wayang”, Larian Fun Run Selebriti 3KM & Larian 10KM, Festival Muzik Malika pada malam 12 April, Persembahan Budaya & Permainan Tradisional dan Bengkel Interaktif dan Pertandingan Seni untuk Pelajar Sekolah.

Acara kemuncak festival ialah Malika Music Festival 2025 yang bakal berlangsung pada malam 12 April di The Hangar Stage, KL Base. Antara barisan artis yang akan membuat persembahan termasuk Fattah Amin, Nidji (Indonesia), Bunkface, OAG,,Krusty, Steeltoe Solutions dan Conflict Crisis

Tiket bagi konsert ini dijual pada harga serendah RM99 (General Admission) dan RM159 (VIP) melalui platform Ticketmelon.

Sementara itu, pengunjung juga berpeluang menyertai Larian Fun Run bertemakan “Run with the Artists!” dengan harga pendaftaran bermula RM41 untuk jarak 3KM dan RM49 bagi 10KM, termasuk akses ke festival budaya pada hari kedua.

Festival Budaya Kulit Wayang turut menampilkan pelbagai persembahan dan aktiviti kebudayaan termasuk Persembahan Wayang Kulit oleh barisan pelakon filem, Persembahan muzik tradisional seperti Gamelan, Dikir Barat, Inang dan Zapin, Bengkel seni seperti melukis batik, membuat wau dan permainan tradisional dan Pertandingan melukis untuk pelajar sekolah rendah dan menengah

Lebih 100 gerai akan dibuka di lokasi festival menawarkan jualan makanan tradisional, produk seni dan kraftangan tempatan.

Filem “Kulit Wayang” arahan Dain Said mengangkat kisah seram dan misteri di sebalik seni Wayang Kulit Kelantan yang pernah diharamkan selama 28 tahun. Dibintangi oleh Fattah Amin, Pekin Ibrahim, Reynavenzka Retno Ayu dan Jennaira Kamaratih Jiwa, filem ini akan ditayangkan di lebih 50 pawagam di Malaysia, Singapura dan Brunei bermula 1 Mei 2025.

Acara ini turut mendapat sokongan daripada beberapa penaja utama antaranya Check Hup, HoneyB, Lafre, Yeo’s, RT Pastry, Beauterfly, GJ, Speed 2.0 dan lain-lain.

Penganjur yakin penganjuran festival ini mampu menjadi platform memperkenalkan semula seni budaya tempatan kepada generasi muda sambil memupuk semangat komuniti.

Untuk maklumat lanjut dan pembelian tiket, orang ramai boleh melayari:

Festival Muzik Malika: https://ticketmelon.com/mxe/malika-music-festival

Festival Budaya & Larian: https://ticketmelon.com/emt/kulitwayangculturalrunfestival2025


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.

You cannot copy content of this page