June 6, 2025

MMS | Malaysia Music Scene

Bukan Sekadar Muzik

Festival Aku. Muzik & Kamu (AMK) Indie 2025, Dua Hari, Dua Puluh Satu Band, Satu Semangat

Spread the love

Festival Aku. Muzik & Kamu (AMK) kembali dengan semangat yang lebih membara, lebih lantang, dan lebih membanggakan. Bertempat di Litar Antarabangsa Sepang pada 26 dan 27 Julai 2025, AMK Indie 2025 bakal menjadi perhimpunan muzik alternatif terbesar di Malaysia, 100% tempatan, tanpa sebarang nama antarabangsa.

Selama dua hari, festival ini akan menghimpunkan 21 kumpulan ikonik, kultus, dan bakat baharu dalam satu pentas, mengangkat genre indie, rock, dan ska yang telah membentuk identiti dan semangat belia Malaysia sejak berdekad lalu.

Lineup Hari Pertama (26 Julai):

SYJ, Cromok, Monosterio, 6ixth Sense, Plague of Happiness, Metalasia, One Buck Short, Deja Voodoo Spells, Sekumpulan Orang Gila (SOG), PATRIOTS, dan Aboi.

Lineup Hari Kedua (27 Julai):

Meet Uncle Hussain, Empty Page, Butterfingers, Hujan, Seven Collar T-Shirt, SalamMusik, Kyoto Protocol, Midnight Fusic, Gerhana Skacinta, dan Monoloque.

Daripada reunion yang jarang berlaku, ke band yang setia memperjuangkan muzik alternatif, sehinggalah kepada pendatang baru yang mencorak gelombang baharu, setiap nama dalam lineup ini adalah cerminan jiwa muzik alternatif Malaysia, dari dulu hingga kini.

“Festival ini untuk peminat sejati. Tiada artis antarabangsa, tiada nama tangkap muat. Hanya bakat tempatan sepenuhnya,” – David Bareng, Ketua Eksekutif Coaction Events, penganjur bersama AMK Indie 2025 bersama Westzone Entertainment.

AMK Indie 2025 bukan sekadar konsert, ia adalah pengalaman budaya, lengkap dengan festival makanan kurasi khas, zon-zon aktiviti, dan suasana meriah di bawah langit terbuka Sepang. Dengan kapasiti sehingga 30,000 penonton, festival ini menjanjikan pengalaman hujung minggu yang menyatukan nostalgia dan penemuan baharu.

Dengan harga tiket bermula serendah RM159, AMK Indie 2025 merupakan antara festival paling berbaloi tahun ini. Untuk harga sebuah konsert biasa, anda dapat dua hari penuh muzik langsung, makanan asli tempatan, dan suasana komuniti yang meriah.

Sama ada untuk menghidupkan semula kenangan lama atau menemui suara baharu muzik Malaysia, AMK Indie 2025 adalah festival yang wajib dikunjungi. Tandakan tarikhnya, kumpul geng, dan sedia untuk menyertai festival yang akan dikenang sebagai detik penting muzik alternatif tempatan.


Spread the love

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.

You cannot copy content of this page