September 17, 2024

MMS | Malaysia Music Scene

Bukan Sekadar Muzik

‘Feel Da Starz’ Evolusi Terbaharu FELDA

2 min read
Spread the love

FELDA terus mengorak langkah merevolusikan lagi kewujudannya, tidak hanya tertumpu kepada pembangunan sosio ekonomi dan kesejahteraan para peneroka, tetapi terus mengevolusikan generasi FELDA menerusi pelbagai program bagi merancakkan kelestarian kehidupan mereka.

Justerus itu, FELDA mengambil inisiatif dengan melancarkan program pencarian bakat FEEL DA STARZ (FDS) merupakan program realiti nyanyian yang mempertandingkan bakat-bakat nyanyian untuk komuniti Felda.

“Program ini bertujuan untuk  memberi peluang kepada komuniti Felda yang berbakat mengembangkan bakat  mereka ke peringkat yang lebih tinggi. Setiap peserta yang menyertai  pertandingan ini akan melalui proses penyingkiran di beberapa siri jelajah Felda  sebelum mereka mara ke peringkat akhir yang akan di adakan pada Hari Peneroka Felda 2024 (HPF24) 12 – 14 Julai di MAEPS, Serdang”, ujar Dato’ Mohd Banuri Aris selaku Timbalan Pengarah Besar (Pembangunan Komuniti).

Beliau berkata demikian ketika ditemui media sewaktu Karnival Segalanya FELDA Sempena Sambutan 10 Tahun Menara Felda pada 24 Februari lalu.

“Tujuan utama program ini adalah  untuk menyediakan platform dan mengilap bakat yang sedia ada disamping dapat meningkatkan taraf sosio-ekonomi  keluarga mereka di Felda. Program ini akan berlangsung selama 5 bulan bermula dari bulan Mac ini”, katanya.

“Ujibakat secara online akan mula dibuka di  https://segalanyafelda.com/feel-da-starz/ bermula 1 Mac dan akan ditutup pada 30 Mac. Seramai 40 peserta akan di pilih dari penyertaan secara online. Mereka akan menjalani sesi pembelajaran vokal dan persembahan di ISEF, Bangi (Institut Semarak Felda) dengan tenaga pengajar profesional, “ tambah beliau

Penerbit Eksekutif program FDS ini, Fadzliniza Zakaria yang mempunyai pengalaman dalam penerbitan program – program realiti di TV3 dan Astro turut menjelaskan bahawa pihaknya akan mengadakan siri jelajah di seluruh semenanjung termasuk Sabah dalam waktu terdekat ini.

“Kita berharap agar semua generasi FELDA tidak kira samada mereka itu anak, cucu, cicit mahupun menantu peneroka asalkan ada nya ikatan dengan FELDA maka mereka layak untuk menyertai program ini”, ujarnya

“Program Feel Da Starz ini, menandakan satu lagi evolusi Felda, sebagai jenama gaya hidup untuk orang ramai.  Saya percaya ramai di kalangan warga FELDA itu mempunyai bakat terpendam.  InshaAllah jika mereka terpilih, mereka bukan sahaja akan berpeluang untuk merakamkan single sendiri tetapi turut diberi bimbingan agar bakat mereka digunakan sebaik mungkin”, katanya.

Hadiah Utama Pemenang FDS bakal menerima hadiah wang tunai RM10,000, tempat kedua RM7,000.00 dan tempat ketiga RM5,000.00. Juara juga berpeluang untuk merakamkan sebuah album single beserta trofi.

Sambutan Hari Peneroka FELDA 2024 (HPF24) akan diadakan pada 12 -14 Julai 2024 di Maeps, Serdang dengan anggaran lebih 500,000 pengunjung akan hadir.     

Pada majlis sama, FELDA melancarkan laman web www.segalanyafelda.com. Tujuan laman web diwujudkan untuk menyampaikan maklumat berkaitan aktiviti yang bakal berlangsung menjelang Hari Peneroka FELDA 2024 pada bulan Julai nanti. Maklumat berkaitan pertandingan ini dan aktiviti lain turut dimuat turun untuk memudahkan akses orang ramai untuk mendapatkan maklumat.


Spread the love
Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.

You cannot copy content of this page